Gerakan yang mempromosikan kempen memboikot perkara atau produk yang dikaitkan dengan Israel memaklumkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “What A Lame Excuse..” – Didakwa ‘Memerli’ Situasi Palestin, ZARA Tampil Beri Kenyataan

Isu Boikot: BDS Malaysia Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM6 Juta Dari McDonald’s Malaysia

Menurut BDS Malaysia, pihaknya, baru-baru ini, menerima writ saman mendakwa gerakan itu memfitnah francais makanan segera itu.

“Mereka mendakwa perniagaan terjejas sejak kebelakangan ini dan menyalahkan kami. Kami menafikan secara mutlak. Oleh itu, keputusan kami ialah biar mahkamah putuskan perkara ini,” kata BDS Malaysia di X.

 Menurut gerakan itu, ia mendapatkan khidmat sebuah firma guaman dan akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci selepas menerima nasihat peguam.

BDS Malaysia, entiti bebas terdiri daripada badan bukan kerajaan, kumpulan, dan individu yang mempromosikan kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan terhadap Palestin menerusi boikot, lupus dan sekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BDS Malaysia (@bds_malaysia)

 Sejak Israel melancarkan pembantaian di Semenanjung Gaza, rakyat Malaysia menyeru pemboikotan beberapa francais.

Ads

Sementara itu, McDonald’s Malaysia mengesahkan ia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia untuk melindungi hak dan kepentingannya.

Isu Boikot: BDS Malaysia Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM6 Juta Dari McDonald’s Malaysia

Di dalam writ saman tersebut, McDonald’s Malaysia telah mengemukan beberapa tuntutan antaranya pembayaran ganti rugi khas berjumlah RM6 juta, yang tidak termasuk ganti rugi am dan ganti rugi teladan.

McDonald’s Malaysia turut menuntut supaya gerakan itu menyiarkan permohonan maaf di laman web, Facebook dan Instagram dalam masa 48 jam daripada tarikh writ, dan tidak boleh dipadam sehingga bila-bila.

Isu Boikot: BDS Malaysia Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM6 Juta Dari McDonald’s Malaysia

Ads

Pihak mereka juga menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.

“Walaupun kami memahami dan menghormati tindakan boikot adalah keputusan individu, kami percaya ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” menurut kenyataan itu.

Media, sebelum ini, melaporkan tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.

Isu Boikot: BDS Malaysia Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM6 Juta Dari McDonald’s Malaysia

Ads

McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) dilaporkan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perbincangan yang berlaku di media sosial berkaitan McDonald’s Israel.

Katanya, keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.

“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh tindakan individu yang dimaksudkan dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata dalam kenyataan, baru-baru ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro, TRPBM

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI