Wajar ke nak boikot Safiey Ilias?

Selepas kecoh dua minggu lalu apabila pengasas kosmetik berusia 23 tahun ini dilaporkan telah kembali kepada identitinya sebagai seorang ‘perempuan’, kini Safiey llias kembali diperkatakan netizen atas tindakannya memuat naik gambar bersama teman lelaki di akaun media sosial.

Ramai mempertikaikan apakah motif Safiey perlu berbangga dengan memiliki teman lelaki walaupun perkara tersebut adalah salah dan menyalahi fitrah dirinya sebagai seorang lelaki yang beragama Islam.

Ada orang suka tengok, ada orang meluat. Ada juga yang menyamakan tindakannya seperti Nur Sajat, seorang lagi jutawan kosmetik Malaysia.

Haih, semua ‘perempuan’ ni memang pandai buat bisnes, eh?

Motif Safiey Ilias Seakan Memancing Kutukan Netizen 

Jika niat Safiey Ilias hanya semata-mata untuk melariskan bisnes kecantikan, banyak lagi strategi lain yang boleh digunakan. Mengapa perlu memancing kutukan dan cercaan netizen sehingga komen yang dibaca berbaur cercaan keluarga malah fitnah yang ditokok tambah.

Bagi penulis, apa jua cara untuk melariskan perniagaan, jangan sesekali mempermainkan agama. Tindakan Safiey Ilias itu juga secara tak langsung membuatkan peniaga lelaki lembut lain yang banyak mencari mencari rezeki dalam bidang kosmetik seakan teraniaya. Mereka turut terkena tempias daripada isu Safiey Illias ini walaupun mereka tidak terlibat.

Penulis tidak keseorangan dengan pendapat sedemikian kerana influencer di media sosial, Mohd Fauzi Yusoff atau Abang Gee juga menyatakan tindakan Safiey IIlias itu tak wajar dan pesannya, “Jangan aniaya ‘pondan’ lain yang cari rezeki dengan cara halal.”

Ads

Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

“Kalau dia mempersendakan agama, dari lelaki jadi maknyah, kemudian jadi lelaki balik dan kemudian menjadi maknyah kembali, menayang boyfriend. Bagi saya itu wajar diboikot!

“Tempiasnya pasti kena pada orang lain yang mencari rezeki,’ katanya ketika diminta mengulas sama ada Safiey Ilias wajar diboikot.

“Kalau betul niat kita semata-mata mahu mengejar dunia, mempermainkan agama, itu wajar diboikot. Tetapi jangan boikot lelaki lembut lain yang cari rezeki secara halal hanya kerana Safiey Ilias seorang,” katanya yang selalu menjadi pengacara majlis dan melakukan posting reviu makanan, lokasi menarik dan banyak lagi.

Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

Ads

Tindakan Safiey Illias juga telah mendapat teguran dari Dr. Syahr Musafir yang juga seorang pensyarah, penulis buku dan pakar motivasi di Facebook miliknya.

Baca komen Dr Syahr Musafir tentang isu boikot Safiey Illias ini.

Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak ada bukti dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.

Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.

Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak?

Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.

Bukan lelaki kahwin lelaki.

Bukan perempuan kahwin perempuan.

Bukan lelaki kahwin perempuan jadian.

Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.

Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti.

Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.

Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…

Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong

Dr Syahr Musafir
Rahimah Ab.Rahman
26/12/2017

Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember

Selepas lama berdiam diri, akhirnya Safiey Ilias hari ini menjawab kritikan yang dilemparkan ke arahnya setelah isu kembali dengan imej ‘perempuan’ hangat diperkatakan.

Menerusi akaun Instagram-nya, dia menafikan niat mempersendakan agama atay menjadi penunggang agama. Bahkan, Safiey merasakan adalah normal untuk iman seseorang itu untuk adakalanya naik dan adakalanya turun.

Ads

Dia turut bersedih apabila ada rakannya yang pernah diturunkan ilmu perniagaan sambil dibantu dengan bermacam-macam cara turut serta berkata buruk tentangnya.

“Masa ini kita jumpa siapa kawan siapa lawan. Siapa mengampu siapa penjilat. Paling sedih, kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun, cakap macam-macam dekat kita. Tapi tak apalah, itu bukan dosa kot.”

“Apa-apa pun, tunggu 31 Disember ini”

Nak buat press conference ala Fattah Amin dan Fazura ke Safiey?

Susah sebenarnya untuk penulis simpulkan isu ini kerana ia melibatkan banyak pihak dan maruah. Lebih baik jika jangan muat naikkan perkara sensasi yang terang-terangan berlawanan dengan fitrah umat Islam seperti itu di media sosial. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, malah menambahkan dosa cercaan adalah.

Seperkara lagi, seharusnya isu peribadi seperti seksualiti dan perhubungan janganlah sesekali DICAMPUR ADUKKAN dengan perniagaan dan karier. Kalaupun nak lakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah, ‘sorok-soroklah’ sedikit. Tak perlu berbangga.

Nak jadi apa pun, itu antara individu tersebut dengan Tuhan. Kita sebagai orang yang melihat dari jauh lebih baik doakan supaya dia kembali ke pangkal jalan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI