Selang beberapa hari selepas seorang pelatih Tahun Empat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana didakwa menekap seterika terhadap seorang pelatih Tahun Dua, universiti tersebut digemparkan pula semalam dengan satu lagi laporan kes buli melibatkan penuntutnya.
Kejadian buli terbaru di UPNM itu melibatkan seorang pelatih Tahun Satu yang dipercayai dipijak oleh seorang pelatih Tahun Tiga. Setelah diperiksa, mangsa yang masih berusia 19 tahun itu dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Lantas, mangsa melaporkan kejadian itu pada 21 Oktober lalu; hanya sehari sebelum kes pelajar yang ditekap seterika dilaporkan.
Laporan polis pula diterima pada Jumaat lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Ads
Sementara itu, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.
“Kes masih di peringkat siasatan. Pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur.
Sebagai rekod, UPNM pernah menjadi topik trending sebelum ini akibat kes buli tujuh tahun lalu sehingga mengakibatkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Ads
Akibat siasatan kes, enam orang bekas penuntut UPNM yang didapati bersalah membuli mangsa telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah keputusan sebulat suara dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.
KEJUARAAN MotoGP ialah acara berkelas dunia. Segala apa yang terlibat sama ada jentera, pelumba, pasukan dan kejuruteraan, ia diiktiraf umum sebagai sukan permotoran antara terbaik di planet Bumi sejak 1949.
Tapi korang tahu tak rupanya ada kelibat seorang mekanik anak Melayu Malaysia pertama di Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP).
Mekanik yang dimaksudkan ialah anak kelahiran Parit Buntar, Perak iaitu Habibtullah Mohamad Fuad atau lebih dikenali sebagai Habib.
Cipta Rekod Anak Tempatan Malaysia Pertama
Bertanggungjawap sebagai mekanik nombor tiga untuk pasukan RNF Racing, beliau mencipta rekod sebagai anak tempatan Malaysia pertama bertugas sebagai mekanik dalam kelas utama Kejuaraan Dunia MotoGP.
Habib dipilih disebabkan beliau merupakan individu yang bekerja keras, menepati masa, suka membantu dan kalau dibandingkan mekanik lain, dia mekanik yang bagus selepas bermula dari bawah hingga MotoGP.
Tugas Mekanik Nombor Tiga
Bukan mudah mengalas tugas sebagai mekanik ketiga, Habib perlu membantu mekanik nombor satu dan dua. Jadi, apa-apa yang berkaitan motosikal, ketiga-tiga inilah akan bertanggungjawab. Apa membezakan dua dan tiga hanyalah pengalaman.
Sebagai mekanik Melayu pertama dalam MotoGP, Habib tidak melihat masalah komunikasi sebagai batu penghalang untuk membina kerjaya cemerlang bersama pasukan RNF MotoGP Team.
Mahir Bahasa Inggeris, Sepanyol Dan Itali
Mula bersama RNF MotoGP Team musim lepas, Habibtullah, 37 tahun berkata kerjayanya menuntut beliau untuk memahami dan bertutur bukan sahaja dalam bahasa Inggeris malah bahasa Sepanyol dan Itali.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata ini kerana kebanyakan rakan sekerjanya di hentian pit merupakan warganegara Sepanyol dan Itali.
“Dahulu saya tak tahu langsung berbahasa Itali namun sejak tahun ini saya tahu serba sedikit memandangkan jurutera saya dari sana. Bagi Bahasa Sepanyol pula, saya sudah berinteraksi (dalam bahasa Sepanyol) selama lapan tahun memandangkan saya pernah bersama krew pasukan dari Sepanyol dalam kancah Moto2 sejak 2014,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir Ujian Musim Sejuk MotoGP 2023.
Ditanya bagaimana mula bergelumang dalam dunia permotoran, Habib berkata beliau sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang meminati sukan itu.
“Ayah saya merupakan pelumba motorcross, dari situ saya sudah terpengaruh dengan dunia permotoran. Saya menjadi mekanik sejak umur 14 tahun lagi dalam satu perlumbaan di Batu Tiga, Shah Alam dan dari situlah segalanya bermula,” katanya.
Beliau berkata minat dan kerjaya dalam dunia permotoran menyebabkan beliau terpaksa berkorban masa dengan keluarga kerana jadual yang padat sepanjang tahun.
“Sebanyak 21 perlumbaan perlu ditempuhi tahun ini, kalau ikutkan masa memang tak banyak bersama keluarga. Nasib baik ada teknologi panggilan video untuk ubat rindu kepada mereka,” katanya.
Nasihat Agar Tidak Berputus Asa
Habib turut berpesan agar golongan remaja dan anak muda yang berminat untuk bekerja di belakang tabir sukan permotoran, khususnya untuk berada dalam dunia MotoGP, agar tidak berputus asa dalam mengejar impian.
Mengenai cabaran musim ini, beliau mengakui masih lagi menyesuaikan diri dengan enjin Aprilia yang digunakan pasukannya musim ini berbanding Yamaha pada musim lepas.
Kesemua pelumba dan pasukan akan terlibat dalam ujian dua hari di Autodromo Internacional do Algarve, Portimao, Portugal pada 11 dan 12 Mac ini, dengan perlumbaan pertama musim 2023 berlangsung di litar sama dua minggu kemudian (24-26 Mac).
Wah, hebatlah abang Habib ni, moga kejayaan abang Habib ini memberi inspirasi kepada kita semua lagi-lagi yang meminati bidang permotoran dan dunia MotoGP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, soal kecantikan dan penjagaan diri tidak sesekali akan diabaikan.
Buktinya, program kegemaran ramai, Get It Beauty On The Road Malaysia kembali lagi untuk musim ketiga!
Bertemakan ‘Love Yourself’, musim ketiga ini sedikit berlainan apabila penggambaran dilakukan secara berasingan di Malaysia dan Korea Selatan kerana kekangan wabak.
Antara intipati menarik dalam musim ketiga Get It Beauty On The Road Malaysia ini adalah perbincangan ‘masalah’ dunia kecantikan.
Iyalah, kita dah membeli produk kecantikan dan cuba memakainya, tapi tak nampak efek pun. Contohnya seperti face mask. Apabila memakai face mask, ada yang mendakwa lebihbanyak pula masalah yang timbul pada muka seperti mask-ne. Kenapa agaknya ia terjadi?
Kongsi Kim Ki Soo kepada REMAJA, “Masalah bila memakai face mask sebenarnya berpunca daripada ketidak seimbangan kandungan air dan minyak pada wajah seseorang. Jadi sebelum memakai mask, korang terlebih dahulu perlu membersihkan wajah secukupnya.
“Bila seseorang memakai mekap terutamanya foundation, sisa mekap mungkin masih ada pada kulit walaupun korang telah bersihkannya.
“Oleh itu, saya cadangkan untuk meratakan primer sebelum foundation agar solekan mudah dibersihkan. Selepas bersih, korang boleh ratakan face mask pada wajah. Barulah tiada masalah kulit,” jelasnya.
Penulis pun tak tahu kelebihan memakai primer tu.
Haa, itu baru satu tip. Ada banyak lagi tip yang ingin mereka kongsikan menerusi program Get It Beauty On The Road, Malaysia musim ketiga.
Menariknya, hos tetap seperti Kim Jung-Min, Kim Ki Soo dan Nadiyah Shahab akan ditemani oleh seorang hos jemputan pada kali ini iaitu Han Byul!
REMAJA tertarik dengan penglibatan Han Byul kerana lelaki pada zaman sekarang pun lebih terbuka menjaga kulit wajah dan kebersihan badan.
Sometimes, wajah lelaki lebih licin daripada perempuan tau! Hehe..
“Of course lah (menjaga muka itu penting)! Lelaki akan kelihatan lebih kacak dengan kulit sihat,” akui Han Byul.
Nadiyah Shahab pula percaya bahawa lelaki yang menjaga kulit wajah bersih adalah lebih yakin dan mudah bergaul dengan orang di sekeliling.
*
Tak kiralah korang lelaki ataupun perempuan, nampaknya tak ada masalah untuk semua orang menonton Get It Beauty On The Road, Malaysia bermula 5 Oktober 2020 (Isnin) di saluran tvN dan Astro RIA.
Pastinya ada banyak tip menarik yang boleh diperolehi oleh penonton kedua-dua jantina.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, peminat hiburan tempatan dan peminat permainan dalam talian, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan sama-sama berkumpul pada hujung minggu ini untuk menyambut acara terbesar yang bakal dilangsungkan di KL Sports City, Bukit Jalil.
Mulai 13 hingga 15 Disember, Astro Malaysia selalu rakan media rasmi, bakal membawa satu pengalaman menarik sempena kejohanan Carnival MLBB M6yang dinanti-nantikan oleh peminat e-sukan di Malaysia, khususnya. Sepanjang tempoh kejohanan yang bakal dilangsungkan di Axiata Arena itu, turut ditampilkan sempena acara ini ialah Astro Showcase yang akan mengambil tempat berhampiran dengan lokasi kejohanan.
Di samping dilanda demam e-sukan, Astro Showcase menampilkan festiviti tersendiri dengan pelbagai aktivi menarik termasuklah aksi cosplay, persembahan penyanyi jemputan, acara beramah-mesra dan macam-macam lagi.
Astro Showcase yang mula menemui korang pada Jumaat, 13 Disember ini terbahagi kepada dua slot berturut-turut iaitu pada jam 5.00 petang dan 5.00 petang dengan kemunculan artis-artis ternama. Peminat muzik tempatan pastinya teruja dengan keberadaan mereka yang bukan sahaja akan menghiburkan korang tetapi juga beramah-mesra sepanjang berada di sana.
Antara yang bakal berada di sana pada hari Jumaat ini termasuklah Hael Husaini, Naim Daniel, Kaka Azraff, The Lima (Gegar Vaganza 11), Nadeera Zaini, Firdaus Rahmat, Wani Kayrie, Dinda Dania, Putera Muhammad, Fahimi Rahmat dan personaliti pengacara Astro. Jika korang menyukakan genre hip hop pula, tentunya persembahan daripada pendatang baharu AEL D & Lucidrari serta YBJ (53 Universe) & Akimwaru akan membuatkan korang teruja pada hari Jumaat ini.
Hari Sabtu, 14 Disember pula menjanjikan suasana hangat dengan keberadaan para peserta ‘sado’ program realiti fitness, Maskulin Who’s Your Bro terdiri daripada Ikmal Amry, Hakimi Noordin, Kelvin Teo, Theebaan G dan commentator program tersebut, Hariz Hamdan di booth Astro Showcase.
Hari terakhir pada 15 Disember pula akan dimeriahkan dengan aktiviti bersama personaliti GOXUAN popular seperti Joe, Maq, YYY, dan Kryston. Ia dikuti dengan sesi seterusnya Idan Aedan, Syafitee, Hazeeq Dean dan ramai lagi. Jangan pula korang lupa untuk mengambil foto bersama mereka semua, okay!
Semuanya Percuma
Apa yang paling menarik? Semuanya ini boleh korang enjoy secara percuma! Korang yang perlu hadirkan diri bersama rakan-rakan dan ahli keluarga korang untuk menikmati segala kemeriahan yang disediakan sepanjang tiga hari di KL Sports City, Bukit Jalil sempena Astro Showcase M6 Fan Fest.
Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti update terbaru menerusi media sosial Astro.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktor berbakat besar, Amerul Affendi, berkongsi hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan.
Langkah tersebut diambil sebagai persediaan untuk...