“Buli siber sebenarnya wujud di mana-mana platform tetapi susah nak dikawal buat masa sekarang, kerana kadang-kadang ianya berkias. Tengok macam tak ada apa-apa tetapi tuan badan sahaja yang memahami bahawa dia sedang diserang.
Ads
“Saya cuma pesan untuk adik-adik. Mereka ini sebenarnya tak cukup matang nak hadap pandangan orang ramai. Macam saya, saya sudah bermula sejak lapan tahun lalu.
“Jadi apabila daripada platform kecil pergi ke platform besar, saya dah boleh terima kecaman orang. Tapi untuk adik-adik yang baru nak mula dan kemudian video mereka tular, mereka tak boleh nak hadam perkara ini,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, pemantauan daripada individu yang lebih dewasa adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Pada masa sama, Khairul Aming itu berkata ia tidak dapat lari dari kecaman namun mengambil komen negatif sebagai salah satu cara untuk dia menambah baik kandungan yang dihasilkan.
Ads
“Kalau nak kata saya tak ada ‘haters’, tipulah. Cuma tak teruk sangat. Tak boleh nak kata tidak terkesan, saya juga manusia yang ada perasaan. Saya juga faham ianya sebahagian daripada industri.
“Saya baca komen semua sebab nak tahu dan daripada situlah saya akan menambah baik diri saya,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam apa jua yang kita lakukan, satu perkara yang paling utama adalah bagi kita mendapat keberkatan dan restu daripada kedua-dua ibu bapa kita jika mereka masih hidup ataupun penjaga.
Firman Allah SWT:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu.”
(Surah Al-Isra’, ayat 23)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
“Reda Allah bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.”
(Riwayat Al-Tirmidzi)
*
Jelaslah selagi mereka masih hidup, Islam meminta kita untuk terus berkhidmat, menghormati dan menyayangi mereka seperti mereka lakukannya sewaktu kita masih kecil.
Kelmarin menerusi satu muat naik di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim telah berkongsi bagaimana anak terunanya, Danish Hakim telahpun mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menerusi kelas Al-Quran secara atas talian yang diusahakan olehnya, D’Ngaji.
Sejak memulakan sesi pertamanya Disember lalu, Danish telah banyak mendapat kepercayaan sebagai tutor mengaji Al-Quran serta menurunkan ilmu Al-Quran tanpa mengira usia pelajar. Alhamdulillah.
Setelah sebulan memulakannya, Danish seperti mana-mana anak teruna yang masih mempunyai ibu bapa ataupun penjaga ‘beringat’ untuk menghulurkan wang pendapatannya bulan pertamanya kepada ibu bapa walaupun Norman, Abby mahupun Memey tidak pernah memintanya.
“Papa tak pernah minta, tapi abang Danish cakap dia percaya pada ‘keajaiban’ bila rezeki dia makin bertambah-tambah bila bersedekah dan bagi duit belanja kepada ibu bapa.
“Sekadar berkongsi, saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit kepada ibu bapa, tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan kepada mak ayah kita.
“We lead by example dan percaya pada keajaiban melaluui jariah kita kepada mak ayah. Itu semua janji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah, ayat 261-262),” kongsi Norman yang juga mengingatkan agar pemberian kita itu ikhlas dan istiqomah.
Empat tahun lalu, dunia penyiaran digital dan masakan tanah air dikejutkan dengan kematian Allahyarham Adam Didam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail. Ketika itu namanya benar-benar popular sebagai seorang pempengaruh media sosial dan cef selebriti yang banyak berkongsi mengenai resipi masakan kepada pengikutnya.
Sebelum menjadikan dunia masakan sebagai kerjaya, Adam merupakan seorang jurutera dalam bidang minyak dan gas pada asalnya. Memiliki ratusan ribu pengikut di laman Instagram ketika itu, tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa sebelum Khairul Aming, we have Adam Didam to guide us in everyday recipes!
Bukan sekadar popular di media sosial, Adam turut menghiasi pelbagai rancangan di kaca televisyen. Penulis sendiri sempat bekerjasama dengan allahyarham selama dua musim untuk rancangan masakan yang disiarkan di saluran Astro Prima iaitu Rasa Ketuhar Kuali menyaksikan Adam begandingan bersama Aunty Aini dan kemudiannya Jelajah Rasa Nusantara meyaksikan Adam bergandingan bersama Ili Sulaiman.
Apa yang boleh penulis katakan mengenai Adam, orangnya cukup lemah lembut apabila berbicara dan sangat ramah!
Beberapa hari lalu, genap empat tahun kematian Adam menurut kalendar Islam pada tanggal 14 Ramadan, anak saudara sulungnya iaitu Omar Mokhtar mencoretkan tinta kata yang cukup indah di laman Instagram milik adam yang masih dikekalkan sehingga hari ini. Meneliti setiap bait kata yang ditulis, jelas terpancar betapa besarnya pengaruh Adam kepada anak saudaranya itu.
“Adakah ia benar-benar sudah empat tahun? Apabila Mamajee @adamdidam meninggalkan kita bertahun-tahun yang lalu pada hari ke-14 dalam bulan suci Ramadan 1440, saya menjangkakan bahawa kami akan menghitung setiap hari yang berlalu, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, menonton jam berdetik begitu rapat.
“Mungkin itu benar lebih dekat dengan masa, tetapi ia tidak berlaku selama empat tahun ini. Sebenarnya, bagi saya, saya telah hidup seolah-olah Mamajee masih di sini di sebelah saya. Mungkin saya tidak dapat melihatnya, atau kami tidak boleh bercakap antara satu sama lain, tetapi dalam apa jua keadaan, dia masih sebahagian daripada keluarga kami.
“Tiada kehilangan yang boleh mengubahnya. Saya tahu ramai orang akan mengatakan bahawa hidup seolah-olah Mamajee masih berada di sini adalah tidak sihat. Saya tidak bersetuju. Fikiran tentang dia hanya menguatkan kami, ingatan dia menyatukan kami semua. Kami tahu dia telah meninggalkan kami, tetapi bukanlah hilang.
“Sama ada empat tahun dari sekarang, atau empat puluh tahun, dia dan kami, kami adalah satu dan sama, hidup dan bernafas melalui kenangan dan cinta yang kami kongsi. Semoga Allah terus menguatkan kasih sayang kami kepada orang yang kami sayangi – sama ada hidup atau tidak – untuk empat tahun akan datang…dan seterusnya!” tulis Omar Mokhtar.
Imbas kembali, Adam atau lebih mesra digelar mamajee oleh anak saudaranya dahulu cukup popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Siapa boleh lupa keletah Omar, Fatimah dan Ali. Biarpun tinggal jauh di United Kingdom, mereka yang fasih berbahasa Kelantan sentiasa mendapat perhatian. Apatah lagi allahyarham bapa saudara mereka kerap berkongsi mengenai mereka di media sosial.
Semoga Allah mencucuri roh Adam dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah jerawat bukan saja hanya di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di anggota badan seperti dada dan bahagian belakang badan.
Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih tidak boleh dipandang ringan walaupun ia agak ‘tersembunyi’. Majoriti gadis memiliki jerawat di bahagian belakang badan daripada usia belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
Baru-baru ini seorang doktor berkongsi 4 makanan terbaik yang mampu ‘hapus’ jerawat dekat badan korang tu. Paling penting ‘ubat’ ini natural dan semulajadi.
Sumber : Twitter Dr Irma
Menurut Dr. Irma Shida melalui perkongsian di laman Twitternya untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat kita perlu menjaga pemakanan.
Jadi 4 makanan yang boleh hilangkan jerawat ialah:
Sumber Gambar : Twitter Dr. Irma
Menurut beliau, ubi keledek akan bertukar menjadi vitamin A selepas dimakan. Untuk info, vitamin A ini boleh buat kulit jadi kurang pedih dan bersihkan liang pori yang tersumbat sebab radikal bebas. Bila liang pori dah bersih, jerawat pun susah nak tumbuh.
Sumber Gambar : Twitter Dr. Irma
Zinc yang terkandung dalam labu mampu mengawal pengeluaran minyak so tak adalah jerawat cepat naik dekat badan.
Sumber Gambar: Twitter Dr. Irma
Bila kulit terdedah pada sinaran UV, skin barrier akan jadi lagi rosak. Bila skin barrier rosak, bakteria yang buat jerawat tu tumbuh in the first place lagi senang nak tembus kulit. So, jerawat pun akan lagi cepat naik.
Sumber Gambar : Twitter Dr. Irma
Doktor Irma juga sempat menasihatkan agar mengunakan sabun berasaskan buah betik. Hal ini kerana liang pori yang bebas sel kulit mati susah ditumbuhi jerawat.
“Kalau you rasa macam badan tiba-tiba je ada jerawat, I cadangkan you guna produk lembut dekat kulit dan boleh sental sel kulit mati macam sabun betik.”
So korang yang ada masalah badan berjerawat boleh la cuba nasihat dari doktor ini. Tak salah pun cuba sebab semua tumbuhan ini bebas bahan kimia.
Sumber : Twitter Dr Irma
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...