Personaliti media sosial tersohor, Khairul Aming berpendapatnya bahawa buli siber tetap akan ada di mana-mana platform media sosial.
Beliau bagaimanapun memaklumkan, ada segelintir mereka yang masih belum matang untuk menghadapi isu tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Jualan Sambal Nyet Cecah RM 21.5 Juta, Khairul Aming Antara Usahawan Muda Inspirasi Ramai
“Buli siber sebenarnya wujud di mana-mana platform tetapi susah nak dikawal buat masa sekarang, kerana kadang-kadang ianya berkias. Tengok macam tak ada apa-apa tetapi tuan badan sahaja yang memahami bahawa dia sedang diserang.
“Saya cuma pesan untuk adik-adik. Mereka ini sebenarnya tak cukup matang nak hadap pandangan orang ramai. Macam saya, saya sudah bermula sejak lapan tahun lalu.
“Jadi apabila daripada platform kecil pergi ke platform besar, saya dah boleh terima kecaman orang. Tapi untuk adik-adik yang baru nak mula dan kemudian video mereka tular, mereka tak boleh nak hadam perkara ini,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, pemantauan daripada individu yang lebih dewasa adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Pada masa sama, Khairul Aming itu berkata ia tidak dapat lari dari kecaman namun mengambil komen negatif sebagai salah satu cara untuk dia menambah baik kandungan yang dihasilkan.
“Kalau nak kata saya tak ada ‘haters’, tipulah. Cuma tak teruk sangat. Tak boleh nak kata tidak terkesan, saya juga manusia yang ada perasaan. Saya juga faham ianya sebahagian daripada industri.
“Saya baca komen semua sebab nak tahu dan daripada situlah saya akan menambah baik diri saya,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram KhairulAming