Berita baik buat semua peminjam PTPTN yang dah dikenakan CCRIS dan blacklist untuk keluar negara, pihak pengurusan PTPTN telah pun memberikan kemudahan kepada 45,866 orang pelajar dalam membersihkan rekod kredit mereka.
Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata hal ini dapat membantu para pelajar yang mempunyai dua pinjaman PTPTN yang berasingan untuk pengajian diploma dan ijazah sebelum berkuat kuasa 6 April 2016.
Beliau berkata seramai 32,213 pelajar yang memohon pinjaman kedua mereka selepas 6 April 2016 sudah pun menikmati peraturan baru ini.
Gambar hiasan
Dalam erti kata lain, pinjaman diploma akan digabungkan bersama pinjaman ijazah, jadi tiada lagi CCRIS dan ini bermakna tidak ada halangan lagi buat pelajar ijazah yang sedang melanjutkan pelajaran untuk ke luar negara.
Menurut info laman Facebook Backpackmurah yang diambil daripada sumber twitter, semua peminjam diploma atau ijazah yang masih belajar akan diclearkan nama daripada CCRIS dan juga blacklist keluar negara bermula 15 Ogos 2017.
Namun begitu, pembayaran balik pinjaman diploma dan ijazah ini akan di sekalikan dan perlu dibayar semula selepas enam bulan tamat pengajian.
Jadi lepas ni dah tak ada la isu pelajar yang masih belajar perlu membuat bayaran pinjaman dan mendapat tunggakan yang tinggi.
Nak ke luar negara pun dah tak risau lagi kan? Tapi make sure lepas habis study jangan lupa bayar PTPTN ok? Barulah berkat ilmu tu nanti. Hehe
Sumber: NST & Facebook Backpackmurah
“Anak-Anak Diejek & Dipanggil KERBAU, Akhirnya Gambar Ini Dinobat 20 Terbaik Dunia 2018 Di Itali
Sejak semalam viral di media sosial gambar seorang remaja dilihat begitu seronok bermain dengan lebih 100 ekor kerbau. Aksinya yang bersahaja, emosi yang dilihat akrab dengan binatang peliharaannya selain mengingatkan orang tentang suasana indah di desa membuatkan gambar tersebut menjadi viral.
Jika remaja seusianya lebih senang bermain dengan gadjet tetapi melihat betapa akrabnya remaja berkenaan dengan kerbau-kerbau peliharaan ayahnya membuatkan ramai kagum.
Ditambah moment, view dan teknik fotografi yang menyentuh emosi, tak hairanlah gambar Syukor Khamis, pelajar tingkatan dua dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu hasil bidikan jurugambar profesional, Mohd Nazri Sulaiman, 45 memenangi tempat pertama dalam pertandingan Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 yang mana gambar adik Syukor telah terpilih menjadi pemenang gambar terbaik untuk kategori ‘Street/People’.
Bidikan gambar yang sama, jurugambarnya telah menghantar gambar tersebut ke anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards dan ternyata sekali lagi gambar menyentuh emosi ini diangkat sebagai 20 gambar terbaik dunia. Wow! Kagum sangat-sangatkan.
REMAJA sempat menghubungi Pak Khamis Jusoh, 63, ayah kepada Syukor sebentar tadi. Niat REMAJA ini berbual dengan Syukor terbantut kerana Syukor agak “sibuk” dengan fotografi melibatkan sekumpulan jurugambar dari RTM yang melakukan sesi temuramah.
“Sejak semalam, memang sibuk sibuk. Ramai orang nak ambil gambar Syukor,” kata bapanya yang begitu ramah.
Mesti korang tertanya-tanya di mana boleh ambil gambar inikan. Lokasinya di Kampung Banggol Katong Serada, Kuala Terengganu. Kalau dari Kuala Terengganu jaraknya dalam 20 minit sahaja dan sudah boleh bertemu rumah Pak Khamis. Berlatar belakangkan paya dan padang rumput menghijau, pasti peminat fotografi menggilai lokasi ini di masa akan datang.
Kata Pak Khamis, dia mewarisi kerbau-kerbau lebih 100 ekor ini dari ayahnya dan ia adalah sumber pendapatan keluarga. Syukor juga menunjukkan minat yang sama sejak kecil dan paling rapat dengan kerbau nama Awang yang sudah mati. Sehabis sekolah, Syukor akan ke paya untuk bersama kerbau-kerbau ini dan tak hairanlah hubungannya dengan binatang ini begitu akrab.
Tapi bukan saja kerbau yang ada, angsa, kambing, lembu dan sebagainya juga dipelihara oleh Pak Khamis. Paling best, mana-mana individu yang nak menginap di rumah Pak Khamis, ada bilik di sediakan dengan harga cukup rendah, RM30 sahaja. Mainlah dengan kerbaunya sepuas-puasnya. Tapi syaratnya mesti ada Pak Khamis la ya sebab takut juga kalau terkena tandukan kerbau yang tak biasa melihat bukan tuannya.
Ditanya bagaimana perasaannya selepas gambar anaknya yang dilihat begitu menyentuh emosi, malah kerbau itu juga seakan sama “moodnya” dinobat 20 terbaik dunia dalam pertandingan berprestij di Itali selain memenangi peringkat pertama Asia, kata Pak Khamis dia tidak menyangka dan mengucapkan rasa syukurnya kepada jurugambar Nazri yang mengambil gambar tersebut. Malah dia juga bersyukur kerana semakin ramai yang datang ke tempatnya sekaligus menjadi rezeki buatnya sekeluarga.
“Saya tak letak harga pun untuk tangkap gambar dengan kerbau ni. Orang sedekah ikut mereka. Berapa mereka bagi saya terima kerana itulah rezeki kami,’ katanya lagi.
Di sebalik menyara anak lapan orang dengan menjual binatang ternakan, kata Pak Khamis, anak-anaknya selalu diejek dengan panggilan kerbau di sekolah.
“Pernah sampai pihak sekolah panggil rakan yang mengejek kerana anak berasa malu dengan ejekan itu. Ada anak perempuan saya, namanya Ain tapi kawan-kawannya panggil dia Ain Kerbau. Bukan dia saja tapi abang-abangnya sama, mesti ada panggilan di belakang itu.
“Tapi saya percaya selepas kemenangan gambar ini, ejekan-ejekan itu akan hilang,” katanya begitu ramah.
REMAJA juga sempat menghubungi jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman yang membidik gambar penuh emosi ini.
Kata Nazri yang sering memenangi anugerah gambar peringkat dunia dan banyak pertandingan lagi sejak 2006, gambar Syukor yang begitu menyentuh emosi itu adalah secara spontan.
“Bila kita libatkan binatang dalam fotografi, kita bukan boleh suruh-suruh. Kena standby shoot terbaik. Saya hanya suruh Syukor duduk, berdiri dan sebagainya. Masa moment gambar itu diambil, ianya berlaku spontan.
“Syukor duduk dan secara tiba-tiba kerbau itu datang baringkan mukanya ke peha Syukor dalam situasi seolah-olah semuanya beremosi sedih. Masa yang sama, kerbau-kerbau lain datang berasak-asak seolah-olah bertanya “apa yang disedihkan itu” dan seperti mereka mahu menolong. Itulah momentnya ketika gambar itu dibidik,’ katanya berkata, ada tiga lagi moment Syukor bersama kerbaunya berjaya memenangi hadiah peringkat Asia dan dunia (selain gambar yang menang).
Kata Nazri lagi, dia biasa mengambil gambar di serata dunia namun melihat keakraban seorang remaja lelaki dengan 100 ekor kerbau adalah luar biasa kerana “mereka” bagaikan memahami peribadi dan aksi masing-masing.
Dalam pada itu Nazri berkata, dia mahu menonjolkan satu lagi produk pelancongan buat negeri Terengganu yang hanya ada keropok lekor, batik, pantai dan lain lagi sebelum ini.
“Lokasi ini boleh jadi ikon pelancongan terbaru negeri Terengganu,” katanya ketika dihubungi.
Atlet Diseret 600 Meter Oleh Pemandu Mabuk, Pelaku Siap Tunjuk ‘Peace’
Ibarat tidak serik dengan insiden lampau yang pernah berlaku dalam negara, masih ada pemandu mabuk yang tidak mempedulikan nyawa pengguna jalan raya.
ARTIKEL BERKAITAN : Peguam Ajar Kita Sebenarnya Boleh Saman Pemandu Mabuk – REMAJA
Terbaru, atlet remaja kebangsaan untuk sukan kayak, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di mana mangsa dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh seorang pemandu mabuk.
Perkhabaran dukacita ini dikongsikan melalui satu kiriman akaun Instagram Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Johor pada 14 Mei 2024. Kejadian pula dilaporkan berlangsung pada hari Sabtu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menghala ke Southkey, Johor Bahru.
Rakaman Dashcam
Menurut saksi dan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam, kereta pelaku dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal. Mangsa kemudiannya diseret sejauh 600 meter.
Kongsi kenyataan Instagram persatuan tersebut, mangsa kini dirawat di Hospital Calombia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.
Berdasarkan hantaran tular di media sosial selepas insiden, beberapa keping foto ketika kejadian sudahpun tersebar termasuklah foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat ‘peace’.
Menurut kenyataan itu lagi, mangsa yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.
“Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.
“Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” ujar persatuan berkenaan.
SUMBER: 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelajar 17 Tahun Dikompaun RM10,000 Kerana Gagal Imbas Kod MySejahtera
Seorang pelajar berusia 17 tahun dari Batu Berendam, Melaka telah dilaporkan menerima kompaun bernilai RM10,000 kerana tidak menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas atau menulis maklumat peribadi ketika mengunjungi sebuah kedai runcit.
Pelajar Tingkatan lima yang merahsiakan namanya itu memberitahu dia dikompaun pada hari Ahad (14 Mac) ketika bergeras ke kedai runcit berhampiran rumahnya untuk membeli ubat buat ibu.
“Saya hanya bertanya sama ada terdapat jenama paracetamol tertentu di kedai runcit tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis yang berpakaian biasa melihatnya dan mengeluarkan kompaun,”
Tambah pelajar itu lagi, dia tidak diberikan kesempatan untuk menjelaskan situasi dan kompaun tetap dikeluarkan sejurus selepas itu. Namun katanya, dia tetap memahami polis itu sedang menjalankan tugas mereka.
Menurut laporan The Star, pelajar itu mempunyai adik perempuan yang masih bersekolah dan menjelaskan bahawa gaji ayahnya tidak mencukupi untuk membayar kompaun tersebut. Manakala ibunya hanya seorang suri rumah.
Remaja itu juga meluahkan hasratnya agar dia dapat membuat rayuan terhadap kompaun itu dan mencari wang untuk menyelesaikannya tanpa membebankan ibu dan ayah.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad menjelaskan bahawa pelajar tersebut boleh membuat rayuan meminta pegawai kesihatan daerah Melaka Tengah untuk mengurangkan denda tersebut.
Sementara itu, ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong mencadangkan agar perkara yang berkaitan dengan prosedur operasi standard (SOP) semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan dan kompaun diletakkan di bawah Pejabat Ketua Menteri (CMO).
Ini kerana ramai yang keliru, termasuk pemilik restoran yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan SOP yang tidak jelas semasa PKP.
Hm, makin banyak pula kes kita dengar tentang individu yang disaman RM10,000 disebabkan tidak mengikut SOP. Jadi guys, selepas ini walaupun nak masuk kedai sebentar sahaja, scan terus MySejahtera sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.
Orang kata, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Sumber: The Star