Israel pada minggu ini telah berada di Malaysia bagi menyertai menyertai sebuah forum antarabangsa atas undangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dek kerana berita kedatangan diplomat Israel, netizen pantas mengecam dan mempersoalkan mengapa kerajaaan Malaysia tidak menghalang diplomat itu ke negara ini.
Dengan serangan kemusnahan yang dilakukan Israel kepada negara Islam seperti Palestin, penulis memahami sentimen kemarahan yang melanda rakyat Malaysia.
Pada mulanya, penulis mengakui kami di meja redaksi juga tertanya-tanya mengenai motif kehadiran diplomat yang diketuai oleh bekas timbalan duta negara Israel, David Roet itu ke Malaysia.
Tambahan pula, Israel ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Putrajaya. Kita semua lantang mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Malah, kalau korang masih ingat, 2 orang atlet Israel yang sepatutnya bertanding pada Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) pada tahun 2015 di Taman Lagenda Langkawi juga mengambil keputusan untuk menarik diri atas polisi kerajaan Malaysia terhadap pasukan Israel.
Jadi, apa bezanya dengan situasi pada kali ini?
Seorang rakan kami di Facebook, Muhammad Anwar Azwan tampil untuk memberi penjelasan dengan bahasa mudah agar kita semua fahami:
Sempena hari cuti ini, saya nak ulas sedikit mengenai isu Diplomat Israel datang ke malaysia.
Saya dengar ada cerita ‘Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di Malaysia’ tengah tular.
Yang fakta: Diplomat Israel menyertai Forum Bandar Sedunia (World Urban Forum atau WUF) di KL sebagai sebahagian daripada delegasi UN-Habitat. Saya pun ada hadir untuk program ini.
Yang auta dan ditokok tambah menjadi headline: Kerajaan menjalin hubungan dengan rejim haram Zionis, kerajaan nak iktiraf Israel, kerajaan jual negara ke Zionis laknatullah.
Sebelum nak sembang, kena bezakan antara diplomasi dua hala (bilateral diplomacy) dan diplomasi pelbagai hala (multilateral diplomacy).
Diplomasi dua hala ni melibatkan dua negara saja.
Hubungan Malaysia-US, hubungan Malaysia-China, hubungan Malaysia-Jepun ni semua dua hala. Hok ni terserah kepada negara masing-masing untuk menjalin hubungan atau tidak dengan sesebuah negara. (Ada lah belajar sikit pengajian am dulu-dulu.
Diplomasi pelbagai hala ni pula melibatkan banyak negara atas satu platform.
Contohnya macam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations), Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organization), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), G20, G7, BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa), Pertubuhan Kerjasama Islam (“Organization of Islamic Cooperation” atau OIC) dan banyak lagi.
Hok ni, negara perlu ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pertubuhan. Kalau sesebuah negara nak buat sesuatu, perlu mendapat persetujuan dari semua ahli.
Perjumpaan WUF di KL ni sebenarnya dianjurkan oleh Program Penempatan Manusia UN (UN Human Settlements Programme) atau UN-Habitat.
Malaysia hanya bertindak sebagai pemudahcara untuk menunjukkan komitmen Malaysia terhadap UN. Yang baru-baru ni banyak negara pakat kutuk Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tu, melalui UN lah.
Kenapa diplomat Israel bernama David Roet dibenarkan masuk Malaysia walaupun Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan?
Kerana mamat Roet ni bernaung di bawah UN-Habitat sebagai wakil Israel. Dia memasuki Malaysia atas kapasiti diplomat UN-Habitat, bukan sebagai diplomat Israel. Ada beza tu. Macam masa Luis Suarez bermain untuk FC Barcelona, orang tak pandang dia sebagai pemain Uruguay. Dia bermain untuk kelab Sepanyol pada masa tu.
Di peringkat dua hala, pendirian Malaysia jelas dan muktamad, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Israel sejak tahun 1965 selepas Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan persona non grata ke atas wakil perdagangan Israel, Moshe Yegar.
Cuma, tiada undang-undang yang mengatakan orang Israel tidak boleh menjejaki negara kita. Kalau tidak, tak jadilah Tun M menjemput 14 pelajar Israel dan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997.
Tapi di peringkat pelbagai hala, Malaysia tidak boleh menghalang kemasukan diplomat yang mewakili pertubuhan antarabangsa di mana Malaysia merupakan ahlinya.
Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali sebagai ‘Laissez Passer’ (bermaksud ‘Let him pass’ dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN (Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations) yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN. Dan perkara sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992.
Adakah kita boleh bantah kemasukan pegawai UN yang merupakan warganegara Israel? Boleh tapi leceh. Ia melibatkan kajian semula ke atas undang-undang UN dan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Organisasi Antarabangsa di atas.
WUF ni bukan perjumpaan high-level antara pemimpin pun. Ia lebih kepada perjumpaan golongan profesional daripada pertubuhan antarabangsa mengenai isu perbandaran. Ia bukan pasal Israel atau agenda Israel.
Media kita pula pergi memetik sumber seperti The Times of Israel yang kata kononnya Israel memandang berat tentang kehadiran diplomat Roet dengan harapan ia dapat memperbaiki hubungan Israel-Malaysia. Yang korang dah tahu Yahudi tu lidah bercabang korang nak percaya buat apa? Dia orang pun pandai main persepsi lah untuk menjayakan agenda mereka.
Jadi tak perlu nak mempolemikkan isu dan melibatkan nama pemimpin negara. Atau acah-acah pandai nak kaitkan nilai dagangan Israel-Malaysia dengan insiden ini untuk membuat fitnah “Malaysia nak menjalin hubungan dengan Israel”.
AnwarAzwan
15.2.2018
Jadi, clear sekarang? Atas dasar Malaysia sebagai salah sebuah negara keahlian dan kebetulan pula merupakan tuan rumah untuk WUF ini, kita perlu bersifat diplomatik ke atas inti pati persidangan tersebut.
Bukan politik yang dibincangkan tetapi isu perbandaran Israel. Agak-agak, ada tak negara persidangan yang mengangkat isu perbandaran haram Israel ke atas tanah Palestin? Hhm..