Isu Jenama Sephora Dan Sefarra, Saja Tiru Atau Kebetulan?

Share

O M G, not again.

Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis awal pagi tadi apabila jenama penjagaan diri Sephora ‘hangat’ di media sosial dan portal online

Tidak, tiada kebakaran yang berlaku di mana-mana cawangan Sephora Malaysia. CEO Sephora, Christopher de Lapuente juga masih sihat walafiat. Apa yang mengejutkan peminat Sephora adalah kes pengklonan identiti  mereka oleh satu jenama lokal yang baru menemui pelanggan di Kelantan

SEFARRA.

Sefarra dilaporkan baru saja melancarkan kedai serta minyak wangi keluaran sendiri pada minggu lepas. Dalam petikan biografi di laman Facebook mereka, Sefarra mengelar syarikat mereka sebagai pengedar dan penjual barangan ‘branded’ terdiri daripada item solekan, wangian malah menyediakan khidmat solekan pada harga yang berpatutan.

Jenama yang dimiliki oleh pengasas tempatan, Farra Fareez ini pernah memiliki koleksi mekap dan kanta lekap bernama Farra Beauty. Cuma bezanya pada kali ini, Farra menjadi bualan hangat pagi tadi apabila ramai membezakan imej Sephora dan Sefarra (hello, nama pun dah nak dekat sama) sebelah-menyebelah dan menuduhnya meniru jenama popular dari Perancis itu.

Korang lihat sajalah kepada rekaan beg kertas Sefarra yang berjalur hitam putih. Begitu juga dengan rekaan bahagian luar kedai Sefarra yang juga dicat hitam dan putih.

Mana satu Sefarra, mana satu Sephora ya? Hehe..

 

Tak cukup dengan itu, netizen Malaysia sempat stalk habis dan menuduh Sefarra meniru beberapa rekaan wangian miniature. Dijual sebagai jenama Sefarra, rekaan botol minyak wangi tersebut kelihatan serupa dengan wangian Coco Chanel, Dior Addict, Chloe dan Gucci Guilty. Haa, jangan main-main dengan netizen Malaysia. Nampak sangat kita ni suka beli perfume sampaikan semua jenama kita dah kenal, kan?

==================================================

Netizen bebas untuk memberikan pandangan dan kecaman ke atas Sefarra. Pada pendapat REMAJA (yes we had a meeting on this today), dalam dunia yang tiada lagi batasan ini, jenama sebesar Sephora pasti tidak boleh lari daripada isu pengklonan rekaan dan idea. Kita semua biasa mendengar frasa ‘Copying is the most sincere form of business flattery’. Akan tetapi, itu tak bermaksud mana-mana pihak boleh sesuka hati mencaras identiti jenama lain untuk meraih keuntungan peribadi.

Bagi kami, Sefarra tidak boleh kategorikan sebagai ‘jenama’ baru tetapi mereka tergolong dalam kategori perniagaan. Jika barangan mereka yang kononnya meniru Sephora itu terjual, by all means – congratulations. Namun, secara psikologinya pula, kes pengklonan ini sebenarnya memberikan imej positif kepada Sephora.

Setidak-tidaknya, Sephora boleh berbangga ada jenama kecil yang mendapat inspirasi daripada mereka. Pembeli Sefarra juga pastinya tertarik untuk ke butik Sefarra kerana mereka sudah familiar dengan branding dan produk Sephora. Itu bermakna, produk dan jenama Sephora sudah cukup diyakini pembeli di Malaysia sehinggakan ‘jenama’ yang kelihatan seakan-akan sama dengan mereka juga menarik perhatian pembeli.

Pada pihak Sefarra pula, sekurang-kurangnya netizen sedang bercakap mengenai Sefarra dan sedang mengunjungi Facebook serta Instagram mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kes ini.

4 Lagi Kes Pengklonan Jenama

Ini bukanlah kes pertama satu jenama ditiru secara bulat-bulat. Antara kes lain yang pernah hangat diperkatakan oleh pembeli di Malaysia termasuklah:

donUT scarves vs dUCk scarves

Rekaan kerudung popular oleh Vivy Yusof ini dikatakan telah diciplak oleh satu lagi jenama lokal, donUT scarves apabila mereka mengeluarkan koleksi cetakan donut menyerupai cetakan koleksi dUCk scarves yang sebelumnya. Laman web dan logo kedua-dua jenama ini pun lebih kurang sama. Hhm..

 

LandWind X7 vs Land Rover

Okay, ni lawak. Sampai ‘tercium’ ‘terlaga’ pipi dua kereta ni.

Ouh the land of copycats. Kes ini berlaku di China di mana rekaan Land Rover Evoque kelihatan serupa dengan model kereta Landwind X7 pada tahun 2014. Berbanding dengan harga Land Rover ($80,000), Landwind hanya dijual pada harga $18,000 saja! Nak dijadikan cerita, pada awal tahun ini, satu kes pelanggaran dilaporkan di mana kedua-dua kereta ini terlibat sama……lawaklah korang ni.

 

ANAS Cosmetics vs NARS

Pada Ogos lepas, jenama yang baru diperkenalkan, ANAS Cosmetics mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mekap online di Malaysia. Namun, sesetengah peminat jenama NARS dapat melihat persamaan yang ada pada rekaan lipgloss kedua-dua jenama.

 

AirAsia BIG (Points) vs Azeri Asia TV BIG Loyalty Programme

Disebabkan perkataan BIG yang digunakan pada kedua-kedua kempen ini, Azeri Asia TV yang merupakan saluran media di bawah kelolaan Azeri Asia Holdings (M) Sdn Bhd telah dituduh meniru idea AirAsia pada Julai tahun ini. AirAsia terpaksa membuat satu kenyataan media apabila mendapat tahu ada pelanggan mereka yang keliru dengan kewujudan dua buah kempen bernama BIG ini. Bukan hanya orang ramai yang keliru dengan logo dan warna utama dua jenama ini, penulis pun kena pandang dua, tiga kali bagi membezakan kedua-duanya.

Apa pendapat korang, patut tak jenama yang ‘meniru’ ini dikenakan tindakan undang-undang? Ataupun mereka juga orang berniaga yang mencari makan dan persamaan yang wujud itu hanyalah kebetulan?

Published by
FZ