Isu ini menjadi hangat apabila apabila anggota Parlimen Singapura, Muhamad Faisal Manap dari Parti Pekerja meminta jururawat beragama Islam dibenarkan memakai tudung ketika berada di dalam perkhidmatan.
Perkara ini bukanlah isu yang asing bagi warga negara republik itu kerana sudah termaktub di dalam perlembagaan mereka yang mana ahli badan beruniform Singapura tidak boleh mengenakan sebagai pakaian atau fesyen yang memihak kepada mana-mana agama.
Dalam laporan Berita Media Corp, salah seorang ahli parlimen lain yang merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli membalas pertanyaan tersebut, “Pendirian sekular Pemerintah kita secara konsisten jelas dalam penggubalan dasar. Inilah pendekatan kami walaupun ketika mengendalikan permintaan-permintaan dari kumpulan-kumpulan agama berbeza terutama jika ia menjejas ruang bersama kita”
Menurutnya lagi perubahan ini akan memberikan implikasi yang besar. Antara situasi yang diberikan.
“Kami tidak mahu para pesakit memilih sama ada untuk menerima rawatan daripada seorang jururawat Muslim atau tidak. Kita juga tidak mahu orang berfikir bahawa keselamatan awam dilaksanakan pegawai polis beragama Islam atau bukan Islam. Inilah yang menjadikan keputusan ini sukar dan sensitif.”
Isu ini menjadi perdebatan dan juga tular di kalangan masyarakat negara itu, ada yang bersetuju denga napa yang diucapkan oleh Masagos dan ada juga yang tidak bersetuju.
RESPON PRESIDEN
Sebagai sebuah negara republik dengan ideologi sekular dan memiliki masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Semestinya isu sensitif sebegini perlu dikawal rapi dan perbincangan mengenainya harus di lakukan secara mendalam.
Bak kata pepatah, ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berselerak. Oleh itu menerusi satu hantaran di laman Facebook Rasmi, Lee Hsien Long mendepani isu tersebut dengan penuh dipomatik.
“Pagi tadi, saya duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan para pemimpin Melayu/Islam kita. Topik perbincangan kami ialah isu tudung, khususnya, pertimbangan Pemerintah untuk membenarkan jururawat memakai tudung.
“Keputusan Pemerintah mengenai tudung tidak muktamad. Secara semula jadi, sikap, nilai dan pandangan masyarakat akan berubah dan berkembang dari masa ke masa. Dalam persekitaran sosial dan pekerjaan, pemakaian tudung kini sudah terbiasa. Oleh itu, munasabah untuk benarkan jururawat Muslim memakai tudung, jika mereka mahu.
“Pemerintah sudah timbangkan isu ini agak lama. Dalam diam, kami teruskan usaha mendekati dan berbincang dengan para pemimpin Melayu/Islam. Tapi kami masih memerlukan sedikit masa lagi untuk mendekati lebih banyak pihak lain, termasuk masyarakat bukan Muslim, sebelum kami buat keputusan.
“Kami mesti pastikan bahawa rakyat Singapura, baik Muslim dan bukan Muslim, bersedia menerima langkah tersebut. Semua orang mesti faham bahawa langkah ini adalah penyesuaian yang dibuat berdasarkan penilaian yang teliti, dan bukan perubahan secara mutlak.
“Mereka juga harus sedar ada batasnya, supaya kita tidak menggugat keharmonian agama di negara kita. Saya meminta para pemimpin masyarakat untuk bantu Pemerintah dalam usaha ini. Saya harap saya dapat berikan butiran lanjut dan mengumumkan keputusan Pemerintah di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ogos nanti.”