Kisah tular seorang pelajar sekolah yang dikenali sebagai Ain Husniza nampaknya masih berlarutan. Kali ini, guru yang didakwa membuat ‘lawak rogol’ ketika sesi pembelajaran telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas muridnya serta bapa murid, Saiful Nizam.
Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan dari Khairul Nizam bin Sanuddin (guru PJPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di Mahkamah Shah Alam pada 26hb November 2021.#SaifulNizam #AinHusniza #MakeSchoolASaferPlace pic.twitter.com/Z8sw4ibIGr
— Saiful Nizam #MakeSchoolASaferPlace (@saifulnizam769) November 30, 2021
Guru yang dikenali sebagai Khairul Nizam Sanuddin pada hari Jumaat lalu telah menuntut agar Ain dan bapanya membuat permohonan maaf di laman sosial milik mereka dan membuat permohonan ganti rugi am termasuk kesan kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah.
Ini merupakan kali pertama identiti guru tersebut telah didedahkan kepada khalayak umum. Sepanjang proses siasatan sebelum ini, ia terus disembunyikan atas dasar hormat terhadap individu terbabit.
Namun begitu, dua beranak ini tidak berdiam diri setelah mereka dilaporkan bakal memfailkan saman balas terhadap guru yang menyaman mereka susulan hantaran TikTok pelajar tingkatan lima itu mengenai dakwaan jenaka rogol.
View this post on Instagram
Mereka turut merancang untuk turut membawa isu ini ke pengetahuan pihak Menteri Pendidikan, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor dan Pengetua Sekolah kerana kegagalan mana-mana pihak untuk melindungi Ain daripada insiden itu.
“Guru tersebut masih bekerja di bawah kerajaan, jadi sebarang (dakwaan) kesalahan yang dia lakukan, kerajaan bertanggungjawab atas dasar liabiliti vikarius.”
“Insiden (didakwa) berlaku ketika pengetua ada. Pengetua patut menyiasat dan mengendalikannya, itu adalah tugasnya,” jawab peguam mereka, SN Nair.
Kongsi Nair lain, pemfailan saman terhadap guru itu dan pihak lain turut diteruskan atas (dakwaan) sengaja mengakibatkan tekanan emosi (tort of intentionally inflicting emotional distress atau IIED) kepada murid. IIED di sini bermaksud satu bentuk pengabaian di mana tindakan defendan menyebabkan seseorang mengalami tekanan emosi.
Nampaknya seperti kes ini akan terus dibawa ke peringkat mahkamah dek kerana masih tiada tanda-tanda untuk perbincangan secara baik dapat dilaksanakan. Semoga isu ini dapat diselesaikan segera dan dijadikan pengajaran buat semua pelajar dan guru-guru di sekolah.
*
Terdahulu pada 24 April 2021, Ain memuat naik video di TikTok dan mendakwa seorang guru lelaki pendidikan jasmani & kesihatan telah membuat jenaka berkenaan rogol ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.
Setelah ia tular, Ain berkata dia telah menerima kritikan dan ancaman termasuklah ancaman rogol oleh seorang pelajar di kelasnya disebabkan tindakan lantangnya. Sejak itu, pihak guru dan pihak murid tersebut telah beberapa kali berbalas kertas saman.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)