Kecoh dunia automotif pada sejak 28 April lalu apabila Daihatsu Motor Co Ltd atau Daihatsu Jepun memaklumkan mengenai laporan pemalsuan ujian keselamatan oleh pihaknya.
Dedah Daihatsu, terdapat ‘ketidakaturan prosedur’ yang berlaku pada ujian yang dilakukan membabitkan empat buah model termasuklah Perodua Axia 2023.
Lantaran itu, Presiden dan ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam telahpun membuka mulut untuk memberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diterima oleh Perodua Axia model 2023 adalah sah dan diperakui walaupun kenyataan Daihatsu mendakwa sebaliknya.
Perodua Axia 2023.
Katanya, Daihatsu telah dilantik dan dipertanggungjawab oleh PERODUA untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia Baharu di Jepun dan telah disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.
Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menambah, pihaknya juga telah dihubungi oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berikutan pendedahan ini dan model Axia 2023 akan menjalani ujian penilaian ciri keselamatan oleh MIROS.
Ads
“Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ oleh Daihatsu, kami telah menghubungi pihak terbabit serta merta untuk mengenalpasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya.
“Perodua Axia Baharu adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat oleh PERODUA.”
“Kami juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan yang kami hargai,” ulasnya dalam kenyataan kepada pemberita kelmarin.
Reka bentuk dan ciri-ciri dalam Perodua Axia 2023.
Dalam pada itu, MIROS berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai tahap keselamatan model baharu Axia itu daripada mana-mana pemilik kenderaan. Begitupun demi memuaskan hati semua pihak, MIROS akan melihat dakwaan tersebut dengan lebih teliti.
Ads
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan semula petikan artikel daripada Reuters berkenaan dakwaan kononnya Daihatsu yang merupakan sekutu Toyota Motor Corporation telah memalsukan sebahagian daripada ujian keselamatan pelanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk lebih 88,000 kereta bersaiz kecil.
Daripada jumlah tersebut, 11,800 buah merupakan daripada model Perodua Axia 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
i
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah jawapan salah seorang pelajar perempuan ketika ditanya seorang guru mengapa dia tidak memiliki kasut sekolah yang baharu sekaligus mengundang rasa sebak orang ramai.
Guru… selain bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik buat para pelajar, guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa kita di sekolah. Ia kerana, mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu malah menjaga kebajikan para murid terutama yang memerlukan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok @TcerNana baru-baru ini, seorang guru dilihat menghadiahkan kasut sekolah baharu kepada anak-anak muridnya di sekolah.
Guru yang dikenali sebagai Teacher Nana itu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.
Sejurus itu, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sepasang kasut baharu jenama All America kepada dua orang anak muridnya. Dalam video itu, kedua-dua murid tersebut menunjukkan reaksi yang sangat teruja selepas menerima hadiah kasut baharu pemberian guru mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar luahan oleh murid-murid tersebut selain tindakan hati murni guru berkenaan turut menerima pujian ramai dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
“Sedih sangat-sangat. Bila anak-anak itu cakap tiada duit… kemudian Alhamdulillah, moga teacher Nana maju jaya dan dimurahkan rezeki,” komen seorang pengguna.
“Semoga murah rezeki teacher serta Allah makbulkan segala doa teacher,” komen juga pengguna lain.
“Alhamdulillah, tahniah teacher. Zaman sekarang ini susah dah nak jumpa teacher yang seperti ini,” tulis seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Belum sampai sebulan melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, si isteri terpaksa menerima ujian dengan reda apabila cinta hatinya telah pergi buat selama-lamanya akibat barah otot tahap empat, pada Rabu.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Marha Azua dan suaminya, Allahyarham Mohd Hashmi Arifin sebelum ini pernah mendapat perhatian warganet selepas dilihat pasangan pengantin itu berkahwin walaupun si suami terlantar sakit di atas pelamin, pada 13 November lalu.
Berita duka tersebut dikongsi Marha menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai. Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih arwah suaminya selain rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
“Mohon doakan suami saya, Mohd Hashmi Arifin,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen tanpa memaklumkan waktu pemergian suami tercintanya.
Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengguna aplikasi berkenaan membajiri ruangan komen perkongsian tersebut dengan mengucapkan salam takziah buat Siti Marha dan mendoakan semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sekadar informasi, Allahyarham Mohd Hashmi disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siri k-drama Hellbound baru sahaja beberapa hari ditayangkan di Netflix dan menurut sumber, drama itu terus mencetus fenomena apabila berada di tempat pertama dalam ranking program TV popular di saluran Netflix Global.
Rekod yang dicatatkan ini lebih pantas dari Squid Game yang mendahului carta selepas lapan hari tayangan. Buat masa ini, Squid Game kekal di kedudukan kedua selepas Hellbound.
Hellbound menduduki tempat pertama di 24 negara berbeza iaitu Belgium, Hong Kong, Vietnam dan Maghribi, serta kedudukan kedua di Perancis dan India; dan ketiga di Amerika Syarikat dan Jerman.
Apa yang menariknya, drama ini menampilkan jalan cerita yang agak berbeza mengenai peristiwa makhluk ghaib yang dikatakan sebagai ‘malaikat’ keluar memberi amaran kepada individu bahawa dia akan mati pada sekian sekian hari dan bakal diheret ke neraka.
Masyarakat menjadi takut dan memandang serong kepada individu yang dikenakan hukuman itu kerana menganggap mereka adalah pendosa.
Timbul pula ajaran‘The New Truth’ yang dilakonkan oleh Yoo Ah In, membuatkan masyarakat percaya tentang hukuman yang dilaksanakan terhadap para pendosa.
Ketakutan menyelebungi diri bagi mereka yang telah mendapat amaran daripada ‘malaikat maut’ itu.
Namun, ada pula pihak yang melawan ajaran itu dan korang kena saksikan sendiri bagaimana kesudahan drama ini.
Dibintangi oleh Yoo Ah-in, Park Jeong-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah, Yang Ik-june, Kim Do-yoon, Kim Shin-rock, Ryu Gyeong-soo, dan Lee Re, Hellbound kini sudah boleh ditonton di saluran Netflix.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...