
Penganjur konsert terkenal, Kharisma Music International, Yuka Kharisma, telah menuntut penyanyi versatil, Aisha Retno untuk membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi menjayakan persembahan Aisha di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Mac lalu.
Menurut Yuka, konsert yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu merupakan cara untuk Aisha membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan. Namun, disebabkan jualan tiket yang tidak memuaskan dengan hanya 98 tiket terjual, Yuka berharap pihak Aisha dapat melunaskan baki pembayaran yang masih tertunggak, iaitu sebanyak RM77,000 selepas Aisha membuat pembayaran sebanyak RM6,000 pada Mei lalu.
“Kami dengan rela hati meminjamkan RM83,000 untuk persembahannya di AJL dan setakat ini dia baru jelaskan RM6,000 pada Mei lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Penganjur Seolah Menyalahkan, Saya Rasa Ini Penindasan…” Aisha Retno Tampil Beri Penjelasan
“Kami tidak pernah menjanjikan tajaan malah saya mempunyai bukti melalui mesej langsung dan mesej suara. Kami hanya menaja perkhidmatan sebagai pengarah persembahan bukan wang dana,” jelas Yuka.
Tambahnya lagi, pihaknya memaklumkan bahawa pinjaman wang tersebut diberikan berdasarkan hubungan baik dengan Aisha Retno, yang telah meminta bantuan untuk membuat persiapan persembahan di AJL.
“Pihak Aisha Retno (ARE) menyatakan bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk mencari dana bagi persembahan Aisha pada AJL tersebut dan telah memohon bantuan daripada pihak Kharisma Music untuk merealisasikan persembahannya.
“Disebabkan hubungan baik antara pihak ARE dan Yuka Kharisma, maka Kharisma Music telah bersetuju untuk membantu pihak ARE dalam mencari dana yang diperlukan.
“Akibat kesuntukan masa dalam mengumpul dana, Kharisma Music telah bersetuju untuk memberikan pinjaman pendahuluan (advance) bagi memastikan segala persiapan dan persembahan Aisha di pentas akhir AJL lancar,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Kharisma Music International memaklumkan bahawa Konsert Malam Samudera Aisha Retno yang dijadualkan pada 16 November telah dibatalkan atas faktor jualan tiket yang rendah. Aisha, dalam reaksinya, meluahkan rasa kesal dengan keputusan penganjur yang membatalkan konsert tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Sebagai tambahan, Aisha Retno yang merupakan gadis berdarah kacukan Melayu, Arab, dan Jawa, telah mencapai kejayaan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Sutera, ciptaannya sendiri bersama MFMF, sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi. Aisha juga merupakan finalis top 6 dan pemenang keempat dalam rancangan The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Tuah Sophia Zuhri, Penyanyi 17 Tahun Jadi Anak Didik Komposer Terkenal Ajai

Seorang lagi pendatang baru bakal mewarnai industri hiburan tanah air, Sophia Zuhri yang baru sahaja melancarkan single perdananya bertajuk ‘Game of Charades’.
Nampaknya tuah menyebelahi gadis berusia 17 tahun ini kerana dapat bekerjasama dengan komposer, penulis lirik dan penyanyi popular negara, Ajai.
Remaja ini melakukan kelainan daripada genre kebiasaan kepada gaya muzik fusion Britpop yang pastinya bakal menarik perhatian peminat muzik di Malaysia. Dengan kemahirannya bermain Ukulele, Sophia menterjemahkan kehidupan sebenar melalui muzik.
“Selalunya saya akan menulis mengenai sesuatu situasi atau keadaan yang menyentuh perasaan saya, sama ada apa yang saya alami sendiri atau pun melalui pemerhatian di sekeliling. Secara tidak langsung, saya akan memetic ukulele dan mula menulis melodi atau menyanyikan lagu menerusi telefon bimbit,” jelas Sophia.
Ia nyata tidak mengambil masa yang sama untuk Ajai menerokai bakat yang dimiliki Sophia dan komposer terkenal itu juga mengakui bahawa penyanyi remaja ini mampu mencipta nama dalam industri muzik tanah air.
“Saya dapat melihat diri saya dalam bakat Sophia. Sejujurnya, saya tidak menerbitkan lagu kepada semua orang, tetapi Sophia berbeza,”
“Dia memiliki kelasnya yang tersendiri dan membuatkan saya bersetuju untuk berkolaborasi,” jawab Ajai.
Memulakan karier nyanyian dan penulisan lagu seawal usia 14 tahun, Sophia yang merupakan seorang gadis pemalu dibesarkan di kota London dan kini menyambung pelajarannya di peringkat A-Levels di United Kingdom.
Sophia juga mengakui bahawa dirinya kini lebih selesa untuk menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris dan tidak menolak sekiranya berpeluang merakamkan single bahasa Melayu.
“Sebab utama saya memilih untuk melancarkan single bahasa Inggeris adalah kerana saya dibesarkan dan belajar di luar negara. Saya sudah terbiasa berbahasa Inggeris, namun saya berharap suatu hari nanti saya berpeluang untuk menyanyikan lagu bahasa Inggeris,” tambahnya lagi.
Game of Charades kini sudah boleh didengari di aplikasi penstriman Spotify dan laman YouTube rasmi Universal Music Malaysia.
Isteri Selamat Melahirkan Bayi Sulung, Remy Ishak Kini Bergelar Bapa

Alhamdulillah, tahniah Remaja ucapkan buat Remy & isteri!
Isteri kepada pelakon berkaliber tanah air, Remy Ishak, Ezza Yusof selamat melahirkan bayi sulung mereka pada jam 11.17 pagi, di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon naskhah popular Pujaan Hati Kanda itu menerusi sebuah hantaran di Instastory Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Semoga Jadi Anak Solehah, Pengerat Cinta Ibu & Bapa” -Wany Hasrita Selamat Timang Puteri Sulung
Di ruangan kapsyen, Remy menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan isteri dan bayinya dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah… Isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” coretnya.
Menerusi perkongsian sebelum itu, aktor berusia 41 tahun berkenaan berkongsi momen yang mana isteri tercintanya sedang menahan sakit menunggu masa untuk melahirkan bayi sulung mereka.
Malah, Remy turut memberikan kata-kata semangat agar urusan bersalin Ezza berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cantiknya Baju-Baju Perkahwinan Mira Filzah. Hasil Idea Pereka Ternama Tanah Air.

Bergelar ratu sehari pastinya penampilan memainkan peranan penting dalam menaikkan seri. Tidak dapat disangkal, wajah anggun dan manis Mira menjadikan dia tampil sajak mengenakan apa sahaja persalinan.
Sepanjang tiga majlis berlangsung, Mira memilih untuk menggayakan rekaan dari tiga pereka fesyen berbeza. Untuk majlis pernikahan dia memilih jenama Rizman Ruzaini manakala untuk resepsi pertama dia tampil bagaikan ratu dalam persalinan jenama Fizi Woo. Akhir sekali hari ini untuk resepsi majlis dalam taman, dia menyerlah dalam persalinan rekaan Rico Rinaldi.
MAJLIS PERNIKAHAN
Rekaan kurung Pahang tradisi yang cukup regal oleh Rizman Ruzaini ini menampilkan siluet yang ringkas tanpa manipulasi yang keterlaluan, cukup hanya dengan tambahan ribuan jemeki sarat berkilau di hujung baju dan lengan. Memang sesuai digayakan untuk majlis pernikahan.
RESEPSI PERTAMA
Siapa tidak kenal dengan hasil kerja Fizi Woo, setiap kali menghasilkan busana perkahwinan terutamanya, pasti memukau mata yang memandang. Gaun ballgown penuh perincian pada bahagian badan dengan rona emas mengambil inspirasi corak geometri Arabesque. Bahagian bawah gaun pula dibiarkan polos untuk menyeimbangkan stail keseluruhan agar tidak terlalu sarat.
RESEPSI KEDUA
Busana rona biru lembut ini cukup istimewa. Diilhamkan oleh Rico Rinaldi, rekaan gaun longgar berbelah hingga paras paha ini dikejutkan dengan padanan seluar sekaligus menyuntik nuansa moden pada rupa keseluruhan Mira. Biarpun bahagian dada dan lengan sarat dengan perincian namun ia cukup memberi justifikasi dan masih nampak segar.,
Kredit Foto: Instagram Rizman Ruzaini, Rico Rinaldi, Fizi Woo & Mira Filzah