Isu Rasis! Kita Di Kedudukan Ke-2 Selepas Afrika Yang Amalkan Dasar Aparthied

Share

Satu survey yang dijawap oleh hanya  451 orang berkaitan isu perkauman (Rasicm Perspektif Index)  meletakkan Malaysia di kedudukan kedua di dunia selepas Afrika Selatan (ermmm agak teruk bunyinya). Dahulunya di negara Afrika ini terkenal kerana dasar “kulit” di mana orang kulit putih menindas orang kulit hitam yang mengakibatakan ribuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Namun secara logiknya, REMAJA merasakan kajian ini seakan tidak menyeluruh kerana ia hanya dijawap oleh 0.000000000001 sahaja (seperti tiada sambutan) dan kajian survey ini terus meletakkan Malaysia di tangga kedua. Negara-negara lain termasuk dalam senarai “teruk”ini terdiri dari Guetemala, Peru, Trinadad & Tobago, Bolivia, Afghanistan, Saudi Arabia, France dan Brazil.

Ini bermakna kita jauh lebih teruk dari Israel yang selalu menindas kejam Palestin dan di USA yang acap kali menjadikan orang kulit hitam sebagai mangsa terutama jenayah, hikz!

Baca perkongsian di fb rasmi, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung yang mengulas isu ini dari sudut perspektifnya pula.

Ya, saya mengakui Malaysia ada masalah hubungan kaum tetapi kita kena bersikap adil, Di negara manakah yang tiada masalah kaum dan ketidakadilan? Sesama bangsa Cina di China dan sesama bangsa India di India juga ada masalah inikan sesama berlainan bangsa di Malaysia?

Namun tunjukkan saya sebuah negara yang langsung tiada masalah?

Nak kata Malaysia adalah masalah kaum yang kronik? Di Malaysialah juga ada sekolah vernakular yang di Thailand yang juga ada bangsa Cina tiada sekolah vernakular tajaan kerajaan dan di negara barat yang kononnya pejuang hak sama-rata tiada atau tidak sebanyak sekolah vernakular tajaan kerana sebagaimana di Malaysia.

Masalah kaum? Di negara seperti Malaysia yang dikatakan ada masalah kaum dan penindasan yang teruk inilah 10 orang terkaya di Malaysia adalah bukan Melayu di dalam sebuah negara bernama Malaysia yang majoritinya Melayu.

Masalah kaum dan penindasan kaum? Di negara seperti Malaysia yang dikatakan ada masalah kaum dan penindasan inilah seorang bukan Melayu yang menipu dan memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dilantik jadi Menteri.

Masalah kaum dan penindasan kaum? Di Malaysia sahajalah 96% ‘pelancong’ dari China masuk ke Malaysia sejak 2016 yang memiliki rekod masuk tetapi tiada rekod keluar dari Malaysia dan kuil dibina di atas tanah haram sesuka hati dan bila diminta pindah masih boleh mendapat pampasan walaupun tanah itu bukan milik mereka.

Menggunakan satu ‘survey’ seramai 451 orang lalu membuat kesimpulan mudah bahawa masalah kaum di Malaysia sangat teruk sehinggakan kita hanya berada di belakang negara Afrika Selatan yang memiliki sejarah apartheid adalah seolah-olah membuat kesimpulan nasi lemak rendang ayam tak sedap kerana rendang ayam tak crispy setelah dicuba oleh beberapa orang yang mungkin ada kecenderungan makanannya yang tersendiri!

Malaysia tidak sempurna dan telah berulang-kali saya sebut bahawa tiada negara yang sempurna.

Kesempurnaan di mana tiada kesedihan, tiada kegagalan, tiada kesakitan, tiada kezaliman, semua itu gambaran utopia yang hanya wujud di Syurga.

Namun sayangnya ramai yang tidak berpijak di bumi nyata dengan mengharapkan kesempurnaan di dunia yang memang diciptakan bukan sebagai utopia tetapi sebagai dystopia.

Bukan tidak boleh berbincang perkara begini kerana adalah masalah seperti ini pastu wujud dan wujudnya masalah ini kerana kita adalah manusia yang memiliki kecenderungan dan kemahuan tersendiri yang adakalanya melawan perintah (undang-undang) Tuhan.

Oleh itu Rukun Iman dalam Islam mengatakan kepercayaan kepada hari kebangkitan di mana manusia akan mendapat keadilan yang tidak mereka dapat di dunia ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros