Isu Sambal Nyet Palsu, Warga Net Kagum Dengan Cara Khairul Aming Atasi Masalah

Share

Siapa tak kenal Khairul Aming kan? Korang semua mesti selalu tengok dia dekat media sosial, beliau terkenal dengan video masakannya yang dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya dan tiap kali bulan puasa, mesti akan ada video “30 hari 30 resepi” daripada Khairul Aming.

Baru-baru ini, Khairul Aming telah mencipta produknya yang tersendiri dan ianya dinamakan “Sambal Nyet” yang dimasak olehnya sendiri. Sejak kemunculan produk baharunya ini, Khairul mengakui yang sambalnya laris dan terjual dalam beberapa minit sahaja selepas order dibuka di Shopee

, beliau sangat terharu atas sokongan netizen terhadap perniagaan kecil-kecilannya. Namun begitu, ada juga yang mengambil kesempatan dengan cuba untuk menjadi reseller dan menjual sambal nyet yang palsu. Akibat terlalu ramai pembeli yang telah tertipu dan tular di media sosial, akhirnya Khairul Aming mengambil tindakan.

 

Beliau meluahkan rasa marahnya dan cuba menghubungi si pelaku yang telah menjual sambal nyet palsu dan telah menipu ramai pelanggan.

Walaubagaimanapun, pelaku tersebut telah ditemui dan beliau telah tampil untuk memohon maaf secara terbuka dan mengaku kesalahannya kerana telah menjual sambal nyet yang palsu dan basi, dan beliau turut juga memohon maaf kepada Khairul Aming dan semua pelanggannya yang telah tertipu. Oleh kerana Khairul Aming menyelesaikan masalah ini dengan tenang dan tanpa perbalahan, warga net telah memuji cara beliau menguruskan masalah ini dengan cara yang baik..

Ramai yang kagum dan puji cara Khairul Aming mengendali isu krisis sebegini dan ramai juga yang mengatakan bahawa Khairul Aming boleh dijadikan sebagai contoh baik buat peniaga diluar sana tentang cara perniagaannya dan cara beliau mengatasi krisis sebegini dengan cepat dan secara bersendirian.

 

 

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn