Kontroversi yang melanda bekas finalis Dewi Remaja nampaknya sekali lagi menjadi isu apabila dikatakan salah sebuah band tempatan memparodykan ‘situasi’ mereka dalam video muzik terbaru selebriti tersebut.
Rata-rata netizen menyifatkan bahawa tindakan band ini mengungkit kisah bekas finalis adalah sesuatu yang memalukan dan tidak menghormati perasaan individu yang dikaitkan dalam muzik video ini.
Bagi Haneesya Hanee, tindakan ini adalah lebih kepada buli siber kerana ia seperti mempergunakan kisah mereka sebagai bahan jenaka untuk mendapatkan tontonan yang tinggi.
“Saya tak faham kenapa mereka perlu mengaitkan kami dalam muzik video tersebut. Hanee hanya nak mengucapkan terima kasih dan tahniah buat mereka jika ini yang mereka mahukan untuk meraih viewers daripada seluruh rakyat Malaysia,”
“Hanee tak nampak langsung apa mesej yang ingin disampaikan, tapi ia lebih kepada untuk menjatuhkan kami. Bukan mudah untuk kami hadapi semua yang berlaku ini, dan Alhamdulillah kami semua dah move on tetapi bila timbul muzik video macam ni, sedikit sebanyak ia memainkan emosi kami,”
“Pihak mereka menjelaskan bahawa ia bukanlah satu penghinaan tapi bagi Hanee perkara ini tetap memberi kesan buat saya,” kesalnya.
Ads
Melalui ruangan komen, pasangan suami isteri yang bergelar selebriti itu tetap menegakkan bahawa muzik video tersebut sekadar memberi mesej kepada masyarakat dan adalah rekaan semata-mata, sebarang kena mengena adalah secara kebetulan sahaja.
Namun begitu, clipping muzik video tersebut jelas menunjukkan situasi di mana kes tersebut berlaku dan acara penarikan crown Dewi Remaja dilakukan.
“Mereka tidak ada kena mengena dalam situasi ini, jadi jika nak cakap yang mereka hanya memberi mesej, ia adalah sangat tidak bertanggungjawab. Lainlah Hanee yang post video untuk motivate remaja lain atau sebagai pengajaran kepada masyarakat. Itu baru betul nak sampaikan mesej,”
“Apa yang Hanee nampak pihak mereka memang sedang melakukan buli siber dengan cara ini,”
Ads
Hanee juga telah memuat naik gambarnya di Instagram dengan caption “It’s okay Hanee. You can face this”.
Masih ramai lagi yang menyokong awak. Kami doakan agar Haneesya lebih kuat dan buktikan kepada mereka yang anda juga boleh berjaya.
Ads
‘Work hard in silence, let your success make the noise’.
***
Dalam pada itu, seorang lagi penyanyi yang dikaitkan dengan watak parodi di dalam video tersebut iaitu Haqiem Rusli turut memberikan pendapatnya melalui Twitter semalam.
”Mungkin dahaga, mungkin. Cyberbulliesit’snotgood. Lagi-lagi dalam bentuk sindiran dalam muzik. Mungkin terlupa keikhlasan dalam muzik. Mungkin.
”Jauh sudut hati aku memang kecil hati dan sedih tapi aku maafkan sahaja. Tweet ini hanya nasihat dan pendapat sahaja. Alwayspositive ok,” tulisnya. Namun, tweet tersebut dilihat telah dipadamkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam keadaan Malaysia berdepan cabaran pandemik lebih setahun setengah ini, jelas, ramai rakyat kita yang terus-menerus bergelut dengan isu ekonomi isi rumah masing-masing.
Ya, kerajaan dan beberapa agensi dalam negara lain telah mewujudkan inisiatif bagi membantu rakyat yang memerlukan Malah semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan beberapa lagi bentuk bantuan yang telah diluluskan untuk rakyat.
Namun realitinya, kebanyakan daripada kita masih kabur dengan masa hadapan negara sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini dan adakah kita mampu bertahan hingga sampai waktu itu.
Dengan kepayahan sesetengah golongan yang kehilangan pekerjaan, manakala peniaga kecil pula memperolehi punca pendapatan yang tidak stabil – kadang ada, kadang tiada – dalam diam, ramai terpaksa mengikat perut demi survival hari-hari berikutnya.
Masih ramai tidak berani atau malu untuk tampil ke hadapan dan meminta bantuan. Kita seharusnya faham keadaan mereka yang memilih untuk mendiamkan diri ini.
Lalu sejak semalam, tanda pagar #KempenBenderaPutih telah galak dikibarkan di sekitar platform media sosial.
Kempen ini mempunyai mesej yang mudah; iaitu meminta orang ramai yang sedang dalam kesusahan untuk menaikkan bendera putih di kediaman mereka bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Kita sebolehnya tidak lagi mahu mendengar perkhabaran kes bunuh diri kerana rasa tertekan dengan kehidupan berlaku pada setiap hari .
Ia adalah satu perbuatan yang tidak pernah dinormalisasikan dalam sejarah kemasyarakatan di Malaysia and yet, ia seakan sudah menjadi satu ‘tindakan normal’ pada musim pandemik di sini. Setakat ini saja, sudah 266 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang musim pandemik kali ini.
REMAJA ingin menyeru agar kita cakna dengan situasi jiran-jiran dan sahabat kita; hulurkan bantuan kepada yang tampil meminta. Sama-sama kita cuba atasi rasa sesak dan kekurangan keperluan mereka.
Tinjauan REMAJA di beberapa grup WhatsApp dan Telegram turut mengajak ahli grup yang memerlukan bantuan agar tidak malu mengibarkan bendera putih dalam bentuk emoji di ruangan chat atau terus memberitahu mengenai situasi sebenar mereka sekarang.
Ingat guys, jangan pernah mengalah. We are all in this together.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam situasi pandemik seperti hari ini, tidak dinafikan peluang pekerjaan adalah terhad, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Mana kan tidak, individu berpengalaman juga ada yang dibuang kerja gara-gara ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Malah, dunia hari ini semakin mencabar dengan teknologi yang rata-ratanya boleh dilakukan secara digital sehingga memberi kesan kepada pekerjaan yang lazimnya dilakukan oleh manusia. Boleh dikatakan kebanyakan tugas harian kini lebih mudah diuruskan secara digital yang tidak lagi memerlukan tenaga manusia.
Tapi korang pernah terfikir tak tentang apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan di masa hadapan yang kian mencabar?
Tetapi menurut pandangan CEO Meta Mark Zuckerberg, di masa hadapan kerja dengan lebih kreativiti akan menjadi semakin penting.
Dalam podsiar Lex Frieman Podcast terkini, Zuckerberg berkata dengan penggunaan kecerdasan buatan di masa hadapan pekerja akan dibebaskan dari melakukan kerja-kerja remeh. Oleh itu majikan memerlukan pekerja yang kreatif untuk melakukan tugas berat secara intelektual bagi membangunkan teknologi baharu seperti metamesta.
Sama ada bersetuju ataupun tidak, yang pasti pekerjaan tradisional akan diambil alih oleh automasi dan kecerdasan buatan. Sekiranya pekerja masa hadapan tidak kreatif mereka sukar membezakan diri mereka dari kecerdasan buatan yang tidak mempunyai kemampuan berfikir seperti manusia.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah menurut ramalan dari Mark Zuckerberg, tapi mungkin kita boleh praktikkan dari sekarang.
Baru-baru ini, sebuah dokumentari hangat mengenai skandal Burning Sun didedahkan oleh BBC dan ia menarik perhatian masyarakat bukan sahaja di Korea Selatan, malah seluruh peminat budaya K-Pop juga turut geleng kepala selepas mengetahui hal sebenar daripada kejadian itu.
Bagi yang tidak mengetahui, isu berkenaan menggegarkan Korea pada tahun 2016 dimana beberapa selebriti terkenal seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan yang lain ditangkap kerana skandal pelacuran dan menyebarkan pelbagai rakaman lucah tanpa kebenaran dalam satu ruang sembang.
Dalam pendedahan yang dimuat naik oleh BBC, ramai yang terkejut apabila melihat tingkah laku Seungri bekas ahli kumpulan terkenal BIGBANG bertindak kasar dengan seorang wanita. Malah, bukti perbualan antara mereka yang tidak senonoh turut membuktikan betapa mereka hanya menganggap wanita sebagai objek.
Kredit: BBC
Beberapa bulan lalu Seungri sudah pun dibebaskan selepas pertuduhan berkaitan kes itu dan keberadaannya juga sering dilihat di Malaysia bagi berparti bersama rakan-rakan di sini. Malah sesetengah peminat tempatan juga dilihat memuat naik foto bersamanya apabila terserempak dengan penyanyi tersebut.
Selepas tular pendedahan buruk ini, ramai meminta agar peminat supaya berfikir secara waras dan berhenti memberikan sokongan kepada Seungri kerana sikap dan tingkah laku buruknya adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan, lebih lagi dia adalah seorang yang dikenali.
Kredit: X @frickon_ann
Dalam pada itu, ada peminat yang memuat naik semula video T.O.P pernah meluahkan bahawa dia risau dengan orang yang berada di sekeliling Seung-ri. Menerusi program Radio Star pada tahun 2018, T.O.P berkata sebagai ahli yang paling tua dia bimbang dengan ahli termuda BIGBANG tersebut. Seungri juga kerap bercakap tentang wang sahaja pada masa itu.
Kredit: X @ellesaysometink
“Dia hanya bercakap tentang wang. Saya berasa bimbang sebagai ahli yang lebih tua. Beberapa rakannya membimbangkan saya” – T.O.P
“Saya boleh rasa sesetengah daripada mereka ada di sisinya bukan kerana mereka menyukainya tapi kerana mereka menyukai gelarannya” – T.O.P
“Fakta bahawa Seung-ri merancang untuk bekerja dengan mereka membimbangkan saya dan nampaknya awak hanya bercakap tentang wang hari ini” – T.O.P
Kredit: X @xxgdgn_fixation
Menerusi video lain, BIGBANG juga sering mengecualikan Seungri sebagai sebagai salah seorang ahli BIGBANG, ini mungkin kerana penglibatannya dalam pelbagai skandal yang memalukan nama baik kumpulan tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Berani mati ya!"Begitulah antara respon netizen Malaysia apabila dunia hiburan tempatan digemparkan dengan berita mengenai seorang penyanyi rap tanah air yang ditahan oleh pihak...