Isu Sindiran MV Band Tempatan, Haneesya Hanee Jawab Tindakan Siber Buli

Share

Kontroversi yang melanda bekas finalis Dewi Remaja nampaknya sekali lagi menjadi isu apabila dikatakan salah sebuah band tempatan memparodykan ‘situasi’ mereka dalam video muzik terbaru selebriti tersebut.

Rata-rata netizen menyifatkan bahawa tindakan band ini mengungkit kisah bekas finalis adalah sesuatu yang memalukan dan tidak menghormati perasaan individu yang dikaitkan dalam muzik video ini.

Bagi Haneesya Hanee, tindakan ini adalah lebih kepada buli siber kerana ia seperti mempergunakan kisah mereka sebagai bahan jenaka untuk mendapatkan tontonan yang tinggi.

“Saya tak faham kenapa mereka perlu mengaitkan kami dalam muzik video tersebut. Hanee hanya nak mengucapkan terima kasih dan tahniah buat mereka jika ini yang mereka mahukan untuk meraih viewers

daripada seluruh rakyat Malaysia,”

“Hanee tak nampak langsung apa mesej yang ingin disampaikan, tapi ia lebih kepada untuk menjatuhkan kami. Bukan mudah untuk kami hadapi semua yang berlaku ini, dan Alhamdulillah kami semua dah move on tetapi bila timbul muzik video macam ni, sedikit sebanyak ia memainkan emosi kami,”

“Pihak mereka menjelaskan bahawa ia bukanlah satu penghinaan tapi bagi Hanee perkara ini tetap memberi kesan buat saya,” kesalnya.

Melalui ruangan komen, pasangan suami isteri yang bergelar selebriti itu tetap menegakkan bahawa muzik video tersebut sekadar memberi mesej kepada masyarakat dan adalah rekaan semata-mata, sebarang kena mengena adalah secara kebetulan sahaja.

Namun begitu, clipping muzik video tersebut jelas menunjukkan situasi di mana kes tersebut berlaku dan acara penarikan crown Dewi Remaja dilakukan.

“Mereka tidak ada kena mengena dalam situasi ini, jadi jika nak cakap yang mereka hanya memberi mesej, ia adalah sangat tidak bertanggungjawab. Lainlah Hanee yang post video untuk motivate remaja lain atau sebagai pengajaran kepada masyarakat. Itu baru betul nak sampaikan mesej,”

“Apa yang Hanee nampak pihak mereka memang sedang melakukan buli siber dengan cara ini,”

Hanee juga telah memuat naik gambarnya di Instagram dengan caption “It’s okay Hanee. You can face this”.

Be strong dear!

Masih ramai lagi yang menyokong awak. Kami doakan agar Haneesya lebih kuat dan buktikan kepada mereka yang anda juga boleh berjaya.

‘Work hard in silence, let your success make the noise’.

 

***

Dalam pada itu, seorang lagi penyanyi yang dikaitkan dengan watak parodi di dalam video tersebut iaitu Haqiem Rusli turut memberikan pendapatnya melalui Twitter semalam.

”Mungkin dahaga, mungkin. Cyberbullies it’s not good. Lagi-lagi dalam bentuk sindiran dalam muzik. Mungkin terlupa keikhlasan dalam muzik. Mungkin.

”Jauh sudut hati aku memang kecil hati dan sedih tapi aku maafkan sahaja. Tweet ini hanya nasihat dan pendapat sahaja. Always positive ok,” tulisnya. Namun, tweet tersebut dilihat telah dipadamkan.

 

Published by
Noor Ain Norman