Penyanyi versatil, Stacy Anam telah menarik diri daripada menyertai konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.
Susulan daripada itu, pihak penganjur, Orange International Entertainment, telah memberikan respons mengenai isu tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Luar Biasa, 7 Sumandak Sabah Bakal Gegar Zepp KL November Ini!
Pengarah Orange International Entertainment, Datuk Mohd Fazli Idrus, mengakui kesilapan berhubung isu poster konsert yang menyebabkan Stacy menarik diri.
“Memang kekhilafan itu dari kami. Kami tiada niat untuk membanding atau memperkecil mana-mana pihak khususnya artis yang terbabit dalam konsert itu. Semua mereka ada kelebihan dan pencapaian hebat,” katanya.
Fazli menjelaskan bahawa kesilapan teknikal berlaku disebabkan kesuntukan masa dan Stacy hanya bersetuju untuk terlibat dua hari sebelum sidang media pengumuman konsert.
ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran ‘Mengundang’ Di Instagram Demi Promosi Konsert, Bella Astillah Mohon Maaf Kepada Peminat
Selain itu, beliau turut menambah bahawa pihak kreatif tidak mengetahui tentang pencapaian dan tahap artis lain yang terlibat.
“Sebenarnya konsep poster asal memang kami letakkan Stacy sebagai bintang utama. Bagaimanapun, bahagian kreatif kami memasukkan gambarnya di belakang pada saat-saat akhir selepas dia memberikan persetujuan,” ujarnya.
“Disebabkan lagi sehari adakan sidang media, poster itu kena guna juga untuk tujuan cetakan promosi.
“Tapi sebenarnya kami boleh saja buat perubahan lanjut terhadap poster itu dan menurut kehendak artis yang terbabit. Tiada masalah untuk kami,” tambahnya.
Dalam pada itu, Fazli juga berharap Bella Astillah tidak dipersalahkan dalam hal ini, selain menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah tanggungjawab penganjur.
“Bella langsung tidak masuk campur dalam soal itu. Dia sendiri pun sangat sibuk dengan agenda seninya dan apa yang kami putuskan, dia ikut saja.
“Tiada langsung unsur mempengaruhi kami untuk kedepankan dia Industri ini kecil, nanti akan berjumpa juga di mana-mana,” tambah Fazli.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro