Isu Terima RM1.3 Bilion Suapan Projek Syarikat China, Apa Kata Tengku Abdullah?

Share

Budaya Malaysia baru iaitu cubaan memburuk-burukan seorang individu yang belum betul-betul didapati bersalah yang cuba dibawa hari ini adakalanya nampak seperti tidak releven. Jika dahulu, segalanya nampak terkawal tetapi hari ini, semua orang cuba menjadi wartawan, cuba menjadi polis, cuba menjadi hakim dalam menjatuhkan hukuman yang belum pasti.

Jika sebelum ini ada cubaan mendakwa perbelanjaan DYMM SPB Yang DiPertuan Agung, Sultan Muhammad V sebanyak RM250 juta bagi 16 bulan pemerintahan yang kemudiannya dinafikan kerana jumlahnya jauh kecil iaitu RM79 juta terkini, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdulllah Sultan Ahmad Shah pula terpaksa “menjawap” di media apabila timbul isu baginda dikatakan menerima suapan projek atas “naungan baginda” sebanyak RM1.3 bilion dari sebuah syarikat China iaitu China Rainbow Internasional Investment Co.Ltd (CRIIC) yang didakwa membuat bayaran.

Apabila timbul isu sejumlah wang yang sangat besar nilainya, berita begini tentunya menarik minat netizen untuk mengetahuinya adakah benar Tengku Abdullah terlibat? Apa kata Baginda akan isu yang tular di media sosial ini?

Surat ini didakwa palsu. Baik Tengku Abdulllah dan syarikat China sudah menafikan dakwaan ini. Gambar Kosmo

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa baginda menerima RM1.3 bilion, sebagai  satu suapan atas “naungan baginda” berhubung satu projek.

Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co.Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.

“Saya tiada kaitan dengan syarikat China itu. Syarikat China itu sudah pun menjawab. Saya tidak mahu komen,” titah baginda dalam satu WhatApps, melalui pegawai media baginda kepada Bernama di sini hari ini.

Sepucuk surat yang dikatakan mendakwa award RM1.3 bilion kepada Tengku Abdullah, sebagai satu suapan atas “naungan baginda” menjadi viral dalam media sosial.

Surat yang bertarikh 8 Februari 2018 dan ditandatangani Presiden  CRIIC Global & Pacific Will JW Ding berkata, wang itu adalah ganjaran selepas kononnya Sapura-China Rainbow Consortium diberi award projek MRT3 bernilai RM45 bilion.

Surat berhubung dakwaan berkenaan tular di media sosial.

Tengku Abdullah menafikan terima suapan nilai RM1.3 bilion dan menganggap tuduhan ini tidak berasas.

Antara lain, surat yang bertarikh 8 Februari 2018 dan ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific Will JW Ding mendakwa wang itu adalah ganjaran selepas kononnya Sapura-China Rainbow Consortium diberi award projek MRT3 bernilai RM45 bilion.

Sementara itu, CRIIC dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa mereka “menjalankan perniagaan dengan penuh integriti dan mengamalkan piawaian tertinggi urus tadbir korporat’.

“Surat yang didakwa itu adalah direka-reka. CRIIC tidak pernah mengeluarkan surat seperti itu. Kandungannya benar-benar palsu dan tidak wujud Sapura-China Rainbow Consortium,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut CRIIC sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan berhak menuntut keadilan bagi mendapat remedi sivil dan jenayah terhadap pelaku tindakan yang berniat jahat itu. BERNAMA

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros