Isu pengenalan tulisan khat dalam sukatan matapelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menjelang tahun hadapan sememangnya hangat diperkatakan kini.

Ada yang memberikan maklum balas positif dan teruja untuk melihat nilai tulisan khat diterapkan di kalangan para pelajar namun begitu ada juga yang terang-terangan membantah perkara tersebut.

Katanya, pengenalan silibus tersebut tidak membantu murid-murid malah menambahkan lagi beban mereka yang sedia ada.

Susulan itu, kerajaan bersetuju untuk membincangkan semula perkara tersebut setelah ia membangkitkan keresahan segelintir pihak.

Demikian itu, Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan baru menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Ads

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Ogos telah meneliti semua pandangan termasuk yang dibangkitkan di Media Massa sejak minggu lalu  mengenai isu pengelaan seni tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 SJKC dan SJKT mulai tahun 2020.

“Sehubungan itu, Jemaah Menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat ini diteruskan seperti dirancang denagn mengambil kita beberapa langkah penyelesuaian yang berkaitan.

“Jemaah Menteri dalam keputusannay memaklumkan bahawa pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat (berbanding enam sebelum ini) di dalam buku teks.

Ads

“Di samping itu, Jemaah Menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat ini dilaksanakan secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksaannya di bilik darjah masing-masing.

“Jemaah Menteri juga bersepakat bersetuju agar pengenalan tulisan khat ini tidak akan dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan,” tulis kenyataan tersebut.

Isu Tulisan Khat: KPM Jelas Akan Dilaksanakan Secara Pilihan Serta Tidak Akan Dinilai Dalam Peperiksaan

Ads

Tambahnya lagi, KPM juga berharap agar orang ramai dapat menerima langkah penyesuaian yang  dilakukan mereka berkaitan perkara ini.

“KPM berharap melalui keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri ini, isu pengenalan Tulisa khat ini tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepay sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

“KPM dari semasa ke semasa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak demi kebaikan dan manfaat system Pendidikan negara,” tulis kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, pengenalan sesi tulisan khat ini dibuat selepas KPM melakukan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 sejak tahun 2014 lagi.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI