Isu UNDI 18, Tiga Pemimpin Muda Beza Fahaman Politik Menyuarakan Kekecewaan

Share

Golongan remaja merupakan lapisan masyarakat dalam negara yang bakal mewarisi negara ini suatu hari nanti. Suara anak muda menjadi satu perspektif baharu dalam menyuarakan pandangan berbeza, dan ini sangat penting untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang berpandangan jauh.

Terbaharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan untuk menangguh pelaksanaan Undi 18 ke tahun hadapan. Ini bermakna jika ada pilihan raya tahun ini, golongan muda berusia 18, 19 dan 20 tahun tidak akan berpeluang mengundi dan membantu menentukan hala tuju negara.

Perkara ini membuatkan ramai pihak terutama golongan muda yang tidak sabar untuk mengundi. Mewakili kekecewaan ini, tiga ahli politik muda yang merupakan wakil golongan muda bagi parti mereka menyuarakan pandangan mereka tentang isu ini.

Dalam laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal berkata, “Armada amat keasal dengan keputusan SPR berkenaan penundaan pelaksanaan Undi 18 dari Julai 2021 ke September 2022. Armada kekal dengan pendirian yang penurunan had umur pengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun perlu dilaksanakan seperti yang di rancang.”

Namun dia ada menyatakan kefahaman tentang isu yang ditimbulkan SPR ini. Katanya lagi, “Walau bagaimana pun Armada memahami bahawa SPR perlu meneliti kaedah paling sesuai untuk memastikan bahawa kemasukan pengundi baharu yang berumur 18 hingga 21 tahun dibuat dengan baik supaya tidak timbul kekeliruan pada hari mengundi kelak.”

Sumber gambar: The Star

Pengasas parti MUDA yang cukup lantang memperjuangkan wadah orang muda, Syed Saddiq yang juga merupakan ahli parlimen Muar dalam hantaran di Instagram beliau meluahkan rasa kecewa, “Undi 18 bukan usaha saya seorang. Undi 18 usaha semua. Kerajaan, Pembangkang, NGOs & orang Muda yang menuntut haknya.

“Undi 18 membuka sejarah baru di mana buat pertama kali pindaan perlembagaan yang memulihkan hak mengundi bagi jutaan orang muda, dipersetujui oleh SEMUA parti politik.


When I proposed it & campaigned hard for it, it’s for the YOUTHS, not for politics. Tiba tiba kita dengar alasan COVID digunakan untuk menidakkan Undi 18. Tidak masuk akal.

“Pelajar umur 17 tahun boleh dikompaun RM10,000 tetapi tidak matang untuk mengundi. This government does not want the Youths to have a say in the nation building process. Speak up! Make your voice heard! It’s now or never. Dengan alasan COVID, jutaan rakyat Malaysia bakal hilang haknya untuk mengundi.

“Saya yakin. Jika kamu merampas hak orang muda (18-20tahun) untuk mengundi, yang berumur 21tahun ke atas yang boleh mengundi bakal menghukum kamu. Rakyat Malaysia bijak & pandai.Kamu mendiamkan hak orang muda, ramai lagi yang akan bangkit untuk lawan.We did it before. We will do it again. Enough is enough.”

Manakala Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf wajdi Dusuki menerusi laporan Astro Awani dalam nada tegas dan lantang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh SPR itu. Katanya, “Saya rasa semacam ada satu trend hari ini. Bila tak dapat melaksanakan sesuatu atau membuat sesuatu yang meresahkan rakyat, kita akan menggunakan alasan pandemik COVID-19 sebagai satu cara untuk mengelak daripada mengambil tanggungjawab yang sebenar.

“Saya rasa alasan-alasan sebegini mesti segera dihentikan kerana hakikatnya kita semacam memperbodohkan rakyat kerana yang paling penting ialah kita kena menjelaskan yang terperinci apa yang dikatakan pandemik ini sebagai penghalang kalau benar sebagai penghalang.”

Kekecewaan yang ditunjukkan jelas menjadi wakil sebahagian besar anak muda yang berharap dapat menjadi suara perubahan untuk pilihan raya yang akan datang. Jadi apakah pandangan anda tentang isu ini? Adakah anda bersetuju dengan keputusan SPR ataupun sebaliknya?

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani & Syed Saddiq

Published by
Fiezreen