
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) lewat malam tadi mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio sebagi pengendal stesen radio ERA akibat penyebaran video yang mencuit sensitiviti masyarakat beragama Hindu.
Kata MCMC, pemegang lesen diberikan tempoh selama 30 hari untuk memberi maklum balas terhadap notis berkenaan sebelum pihak MCMC membuat sebarang keputusan.
Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“MCMC akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok (hari ini) berhubung satu video mempersendakan agama Hindu yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio ERA.
“Susulan kes tersebut, MCMC telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam (4 Mac 2025),” sebut kenyataan tersebut.
Terdahulu, REMAJA melaporkan penggantungan tiga penyampai radio segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radir Amir Effendy serta dua lagi kakitangan stesen ERA akibat terpalit dengan kontroversi video berkenaan pada 4 Mac lalu.
BACA: Terpalit Isu Klip Menyinggung Kaum India, 3 Penyampai Radio ERA Mohon Maaf Secara Terbuka – Remaja
Sambil Azad meniru tarian kavadi, mereka di sekeliling menyebut ‘Vel Vel’ sambil bergelak tawa serta bertepuk tangan. Ia sekaligus mengundang kecaman orang ramai yang tidak selesa dengan cara mereka mempersendakan tradisi serta kepercayaan penganut agama lain.
Sebaik video tular di media sosial walaupun ia sudahpun dipadamkan daripada akaun TikTOK rasmi stesen itu, trio tersebut melalui satu hantaran video baharu memohon maaf kerana telah mempersenda tarian kavadi yang merupakan upacara suci oleh masyarakat beragama Hindu kepada Dewa Muruhan ketika Thaipusam.
Semalam pula, ketiga-tiganya berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan selama lebih dua jam dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire berwarna hitam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.