Sejak kebelakangan ni banyak pula cerita kematian yang disebabkan oleh depresi.
Terbaru, negara dikejutkan dengan kematian atlet renang Sarawak Ayrton Lim, 19 yang ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah keluarganya di Tabuan Laru sekitar tengah hari tadi.
Menurut Astro Awani, Ayrton Lim ditemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.
Difahamkan Ayrton baru saja pulang menjalani latihan di Singapura. Kematian Ayrton Lim bukan hanya membuat rakan-rakan dan keluarga terdekatnya berduka, malah pengikutnya di Instagram meluahkan rasa sedih.
Beberapa jam sebelum ditemui mati, Ayrton Lim telah memuatnaik sebuah gambar suasana langit di matahari terbit di waktu pagi . Dalam gambar yang mungkin juga posting terakhirnya, Ayrton Lim menulis sepotong ayat yang menggambarkan dirinya sedang bersedih dan terkilan.
Dan lebih menyedihkan, pada 6 hari yang lalu, Ayrton Lim ada memuatnaik gambar ibunya dengan ucapan “Saya Sayang Mummy” dengan emoji sedih. Momen yang dimuat naik di IG stories ini telah di simpan dalam salah satu album Highlight di Instagramnya.
Ibu Ayrton ada memberitahu beliau dipercayai mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.
Untuk info, mangsa sebelum ini yang pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun lepas.
Rest in peace buat Ayrton Lim dari Remaja. So remaja di luar sana berjaga-jaga dan lebih berfikiran terbuka mengenai depresi. Kerana ianya bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Buat semua anak muda, take note.
Kredit Foto: IG Ayrton Lim dan Astro Awani