Pastinya tiada apa lebih menyedihkan apabila diuji dengan kematian.Bagaikan tahu ajalnya seakan menjemput, seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Munir Tarmizi yang maut kemalangan di hadapan TUDM, Sungai Besi akibat terlanggar belakang sebuah van di jalan tersebut. Mangsa yang berasal dari Bukti Belacan, Ampang sempat memuat naik satu posting di fbnya menyuarakan rasa rindu pada ayahchonya (Pak Su).
Dalam posting dua hari sebelum ajalnya menjemput, arwah sempat menulis di postingnya betapa dia rindukan arwah Ayahchonya yang pernah menyuapkan driinya makanan biar usianya sudah mencecah 26 tahun.
SETIAP YG DTG PASTI AKAN PERGI.
Coretan pendek dari hati. Rindu kepada ayahcho. Rindu kepada gurauannya. Rindu pelukannya. Rindu pada nasihat-nasihatnya. Rindu suapan nasinya dari kecik hingga dewasa. Umur 26 tahun masih disuapkannya. Rindu pada segalanya yang dibuat oleh ayahcho.
Semoga roh ayahcho tenang di sana. Sungguh aku rindu. Air mata jatuh di kala permergian nya. Gugur lagi air mata saat ini mengenangkan pemergiannya.
Semoga syurga buatmu ayahcho. Tidak akan ada lagi “ayahcho” lain dalam hidup yang mendatang. Al-fatihah – rindu ayahcho.. setahun sudah berlalu.
Dalam pada itu, rakan-rakan arwah dalam posting di fb masing-masing turut menyuarakan bahawa mereka kehilangan rakan yang baik, suka bergurau senda.
Al Fatihah untuk arwah Munir.