Satu ketika dahulu, Itali pernah mengegarkan dunia apabila mencatatkan kes harian positif COVID-19 dengan angka kematian yang tinggi. Dengan catatan sebanyak 4,253,460 kes, Itali kini tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka berkuatkuasa 28 Jun ini.
Menteri Kesihatan, Roberto Speranza membuat kenyataan di laman Facebook, di kawasan yang dikategorikan selamat atau ‘putih’ tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka.
Ia turut merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di Barat Laut. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk memakai pelitup muka jika menghadiri perhimpunan sosial yang bersar dan berisiko.
Menjelang akhir Jun ini, pakar kesihatan negara itu meramalkan seluruh Itali akan termasuk dalam senarai ‘zon putih’ dengan hanya merekodkan 495 kes baru dan 21 kematian di seluruh negara.
Sehingga kini, 30 peratus atau 16 juta dari penduduk Itali yang berusia 12 tahun ke atas telah pun menerima vaksin COVID-19.
Tatkala melihat negara lain sudah kembali mendapatkan kehidupan normal, kita masih lagi struggle untuk membendung wabak pandemik ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita memutuskan rantaian virus ini dengan duduk di rumah jika tidak mempunyai urusan penting di luar.
Jika berada di luar, pastikan menjaga SOP dan sentiasa memakai pelitup muka.
Sumber: (1)
[Video] Mesir Buka Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun! Keadaan Mumia Sangat Mengejutkan
Namun Sabtu lepas, Mesir sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila pihak berkuasa berjaya menemui lebih 100 keranda kuno dengan mumia masih ada di dalamnya oleh Kementerian Pelancongan dan Barangan Purba Mesir.
Dinamakan Step Pyramid Of Djoser di Saqqara, pameran 100 keranda kuno itu turut disertakan dengan penemuan 40 patung emas.
Apa yang menakjubkan, di saat peti keranda kuno itu dibuka, mumia di dalamnya tetap utuh dan tidak merosak langsung termasuk kain yang membalut tubuh mumia tersebut walau sudah berusia 2500 tahun.
.
.
.
Ya, Allah mahu tunjukkan kekuasanNya sebagai tanda untuk kita terus beriman kepada Allah dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad SAW.
Ini sesuai dengan ayat al-Quran iaitu surah Yunus ayat 92, “Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu (Firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu, dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
Namun penemuan 100 peti keranda kuno itu bukanlah pertemuan pertama. Ahli arkelogi sudah menemukan banyak keranda dan patung emas Firaun dari laman web Saqqara beberapa kali sebelum ini.
Pada 20 September lalu, kementerian itu mengumumkan pertemuan pertama mereka iaitu sebanyak 14 peti keranda kuno. Pencarian dan galian diteruskan di mana mereka menemukan lagi 59 keranda kuno ini.
Malah para arkeologi sangat kagum melihat keadaan mumia yang sangat sempurna (seolah-olah kaedah awet mayat pada hari ini sedangkan mumia ini sudah berusia 2500 tahun di saat teknologi belum berkembang).
.
.
.
126166825_3591982604180697_5784512496068663754_o.
126166825_3591982604180697_5784512496068663754_o.
Ramai menzahirkan kekaguman mereka saat mumia ini dibuka dan ia menjadi viral di twitter. Walau banyak artifak lama ditemui, apa yang menyedihkan penerokaan secara haram oleh pemburu harta karun mengakibatkan banyak kerosakan terjadi di lokasi-lokasi penting ini terutama di Saqqara Tomb, Cairo ini. Sumber gambar : Minister of Tourism and Antiquities.
تشرفت بدعوة معالي وزير السياحة والآثار في #مصر الدكتور خالد العناني إلى سقارة الإعلان عن اكتشاف مقبرة جديدة للمومياوات. رأيت مقبرة واحدة يتم فتحها لأول مرة منذ 2600 عام! حقاً شيء مدهش! @TourismandAntiq @MFATNZ pic.twitter.com/ARLOaEU1qg
— Greg Lewis (@NZinEgypt) October 3, 2020
Rupanya Sempat Mengucap Juga Ciri Mati Husnul Khatimah, Ini 9 Lagi Tanda Wajib Kita Tahu
Ramai antara kita tahu, jika seorang wanita meninggal ketika melahirkan anak, kematiannya adalah sebahagian dari tanda meninggal dalam husnul khatimah atau disebut pergi dalam keadaan sangat baik. Malah insan pilihan lain yang perginya dalam keadaan dahi berpeluh, tersenyum seperti tidur yang biasa kita saksikan di media sosial.
Namun sebenarnya SEMPAT mengucap dua kalimah syahadah yang antara kita sering ajarkan di telinga ahli keluarga di saat-saat akhir hidup mereka juga sebahagian dari ciri mati dalam husnul khatimah.
Berdasarkan fb Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyenaraikan 10 tanda umat islam meninggal dalam keadaan husnul khatimah berdasarkan persoalan pembaca.
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, apakah tanda-tanda untuk kita mengenali bahawa seseorang itu mati dalam keadaan husnul khatimah?
Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.
JAWAPAN:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, seperti mana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk: 2)
Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah al-Nisa’: 48)
Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. Hadith riwayat Abu Daud: (3316)
Selain itu, terdapat tanda-tanda lain bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan. Antaranya ialah:
- Mati pada hari atau malam Jumaat. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِن مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الجُمْعَةِ إِلَّا وَقَّاه اللهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
Maksudnya: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)
- Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Ini berdasarkan hadith yang telah disebutkan di atas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.
Hadith riwayat Abu Daud: (3316)
- Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ
Maksudnya: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (982)
- Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia. Di dalam satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
- Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT. Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ
Maksudnya: Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya.
Hadith riwayat Muslim: (2685)
- Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ
Maksudnya: Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid.
Hadith riwayat Muslim: (1915)
- Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah.
Hadith riwayat al-Bukhari: (652)
- Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.
قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ
Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
Hadith riwayat Ibn Kathir: (5869)
- Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ” أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِي قَالَ : فَلَا تُعْطِهِ مَالَكَ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي قَالَ : قَاتِلْهُ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي قَالَ : فَأَنْتَ شَهِيدٌ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ قَالَ : هُوَ فِي النَّارِ
Maksudnya: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!”
Hadith riwayat Muslim: (140)
- Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.
مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ، خُتِمَ لَهُ بهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ “
Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”
Hadith riwayat Ahmad: (23372)
Berikut adalah antara tanda-tanda kematian yang baik (husnul khatimah) yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.
Amin. WaAllahu a’lam.
Sumber : FB Mufti Wilayah
“Memang Seiras!” Sekali Lagi, Linda Nanuwil Disamakan Dengan Fazura
Saban minggu, program Gegar Vaganza 7 (GV7) yang kini bersiaran di Astro Ria untuk minggu ketiga semakin menarik.
Secara peribadinya, pemilihan lagu dan tema pada setiap minggu bagi kami memainkan peranan yang perting dalam GV7. Iyalah, inilah masanya untuk penonton di rumah ‘karaoke’ di hadapan televisyen mereka menyanyikan lagu-lagu old school.
Selain daripada faktor lagu, satu lagi faktor yang menarik perhatian penulis pada musim ini adalah kelibat salah seorang pesertanya, Linda Nanuwil. Sejak minggu pertama sehinggalah ke malam ini, penampilan bekas peserta Akademi Fantasia 2 itu saling tidak tumpah dengan pelakon glamor, Nur Fazura.
Malah, ramai yang beranggapan rupa dan penggayaan mereka seiras jika dilihat dari sudut tertentu.
Hhm, kami tak tahulah jika korang pun merasakan sedemikian. Cer tengok dan tentukan
Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ketiga
*
Amacam guys, sama tak?
Cer tengok komen followers REMAJA.