Itali Tidak Lagi Diwajibkan Memakai Pelitup Muka Bermula 28 Jun Ini

Share

Satu ketika dahulu, Itali pernah mengegarkan dunia apabila mencatatkan kes harian positif COVID-19 dengan angka kematian yang tinggi. Dengan catatan sebanyak 4,253,460 kes, Itali kini tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka berkuatkuasa 28 Jun ini.

Menteri Kesihatan, Roberto Speranza membuat kenyataan di laman Facebook, di kawasan yang dikategorikan selamat atau ‘putih’ tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka.

Foto: BBC

Ia turut merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di Barat Laut. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk memakai pelitup muka jika menghadiri perhimpunan sosial yang bersar dan berisiko.

Menjelang akhir Jun ini, pakar kesihatan negara itu meramalkan seluruh Itali akan termasuk dalam senarai ‘zon putih’ dengan hanya merekodkan 495 kes baru dan 21 kematian di seluruh negara.

Foto: France 24

Sehingga kini, 30 peratus atau 16 juta dari penduduk Itali yang berusia 12 tahun ke atas telah pun menerima vaksin COVID-19.

Tatkala melihat negara lain sudah kembali mendapatkan kehidupan normal, kita masih lagi struggle untuk membendung wabak pandemik ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita memutuskan rantaian virus ini dengan duduk di rumah jika tidak mempunyai urusan penting di luar.

Jika berada di luar, pastikan menjaga SOP dan sentiasa memakai pelitup muka.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman