Well, thank goodness that is in the past!
Putera Harry dan isteri beliau, Meghan telah mengirimkan khabar gembira menerusi akaun Instagram Sussex Royal bahawa mereka baru saja selamat menyambut seorang bayi lelaki pada hari ini (6 Mei).
Mesej tersebut berbunyi, “Kami teruja untuk mengumumkan bahawa Yang Berbahagia Duke & Duchess of Sussex telah menyambung kelahiran anak sulung mereka pada awal pagi tadi (waktu UK). Bayi mereka adalah seberat 7lbs. 3oz.
“Meghan dan bayi kedua-duanya dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pasangan diraja juga ingin berterima kasih kepada rakyat atas keterujaan dan sokongan yang diberikan sepanjang waktu istimewa dalam hidup mereka berdua.”
Bayi diraja yang masih belum dinamakan secara rasmi itu juga adalah waris takhta diraja yang ketujuh mengikut giliran. Untuk pengetahuan korang, Putera Harry kini berada di tangga keenam.
Walaupun rakyat di UK menyambut kelahiran ini sama meriahnya seperti kelahiran anakanda Putera William dan Kate Middleton, Putera Harry dan Meghan Markle lebih gemar untuk menyimpan sebarang info penting mengenai kelahiran ini.
Contohnya, pihak media tidak tahu di manakah hospital/rumah kelahiran sebelum tiba hari ini. Meghan juga tidak melakukan perjumpaan rasmi bersama stesen TV dan media seperti semasa Putera George dilahirkan. Cuma Putera Harry yang ditemu ramah sebentar tadi untuk mendapat reaksi awalnya.
”Saya dan Meghan baru menerima kelahiran bayi lelaki yang sihat. Ia adalah pengalaman yang tak boleh dilupakan, bagaimana seorang perempuan mampu melakukannya adalah diluar akal fikiran kita,” kata beliau.
Pihak media seluruh dunia tak teragak-agak untuk mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.