Pelakon popular tanah air, Izara Aishah mengumumkan dirinya sedang berbadan dua dan dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya itu pada Oktober depan.
Berita gembira itu dikongsikan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 itu dengan memuat naik beberapa keping foto menampakkan baby bump pada bahagian perutnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lama-Lama Akan Rasa Kuat” -Izara Aishah ‘Share’ Tip Untuk Kekal Istiqamah Dalam Berhijab
“Here I’ll tell you. It’s due next month,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi pemerhatian Remaja, pelakon nakshah hit Ombak Rindu The Series itu dilihat menutup ruangan komen di akaun miliknya itu.
Terdahulu, warganet pernah mendakwa Izara sedang sarat mengandung. Ini kerana, mereka melihat foto yang dikongsikan oleh Tya Ariffin ketika seluruh ahli keluarga pergi bercuti bersama dan menghadiri majlis ilmu Ustaz Wadi Annuar.
Sekadar informasi, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia kini berusia 3 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Izara Aishah