Selalunya, jika penyanyi mencampakkan tuala kepada penonton, semua orang akan berebut kan?
Namun situasi tidak sama di konsert jelajah Bruno Mars di Jepun baru-baru ini apabila penyanyi itu dikatakan membaling tuala ke arah seorang penonton kerana bengang dia tidak habis-habis cuba berswafoto atau selfie di hadapan pentas.
Bengan dengan tindakan penonton itu, Bruno yang sempat dirakam oleh sebuah kamera mencampakkan tualanya dengan marah.
Penonton yang dimaksudkan itu pula bukan calang-calang orangnya, seorang pelakon dan model bernama Moeka Nozaki.
Sejak awal konsert tersebut, Bruno yang dikenali sebagai seorang entertainer mengharapkan agar penonton dapat berhibur dan menumpukan perhatian ke arah pentas. Namun, walaupun selepas Bruno memberi isyarat untuk berhenti mengambil gambar, Moeka dan rakannya masih enggan mengendahkan permintaannya.
Mereka bukan saja menggangu konsentrasi Bruno malah turut mengganggu keselesaan penonton di sekeliling kerana pod berswafoto yang terhuyung-hayang di hadapan mereka.
Akhirnya, Bruno membaling tuala ke arah penonton itu selepas ‘degil’ sangat.
Namun, mungkin disebabkan rasa teruja, Moeka pula beranggapan tuala itu adalah pemberian instimewa penyanyi 24k Magic itu lalu berkongsi kegembiraan tersebut di Instagram miliknya.
Err, terlebih confident kau ni.
Diharap peminat di Malaysia tidaklah berbuat sedemikian semasa Bruno berkunjung ke Kuala Lumpur pada 9 Mei ini. Nak ambil gambar dan video boleh, namun janganlah sampai mengendahkan persembahan penyanyi tersebut.
Mahal kot tiket yang korang beli tu, rugi je kalau tak betul-betul enjoy.