IU bukan nama asing dalam industri Kpop.
Namanya yang tidak lagi perlu diperkenalkan kepada peminat dunia hiburan Korea Selatan.
Bukan sahaja cantik dan berbakat, IU atau nama sebenarnya, Lee Ji Eun boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti muda paling berkerja keras sebagai seorang pelakon, duta produk dan tentunya sebagai seorang penyanyi serta pencipta lagu.
Terkini, selebriti ini membuat sumbangan berjumlah kira-kira RM653,000 sempena menyambut ulang tahun ke-15 dia berkecimpung dalam industri seni.
Jumlah tersebut diberikan kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association. IU menyampaikan sumbangan berkenaan di bawah nama UAENA di mana ia merupakan gabungan bersama kelab peminat.
Sumbangan itu bakal digunakan untuk tujuan membantu kos perubatan wanita dan kanak-kanak penghidap kanser yang berdepan dengan masalah kewangan.
Menerusi satu kenyataan dikongsi oleh IU, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni selain berharap sumbangan yang diberikan itu dapat memberi manfaat kepada golongan memerlukan.
“Kita telah sama-sama mencipta keajaiban sepanjang 15 tahun ini. Saya ingin berkongsi sesuatu dengan penuh rasa syukur.
“Saya harap kita akan terus bersama untuk membawa keajaiban kepada orang lain. Terima kasih dan saya sayang anda semua,” ujarnya seperti yang dipetik dari Soompi.
Mulia sungguh IU ini, penulis pun nak jadi macam IU ni lah kalau kaya-raya…hehe
ARTIKEL BERKAITAN : 7 Selebriti Wanita K-Pop Pendapatan Paling Tinggi Dan Terkaya Tahun 2021
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.