Hiburan

IU Konsisten Derma 100 Juta Won, Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur Jun Ini!

Share

Penyanyi dan Pelakon terkenal Korea Selatan, IU baru-baru ini mendermakan wang sejumlah 100 juta won bersempena Hari Kanak-Kanak Korea.

Melalui aplikasi X, IU atau nama sebenar Lee Ji-eun berharap agar lebih ramai kanak-kanak membesar dengan sihat dan dilimpahkan kasih sayang.

“May all children be loved and grow up healthily. Support for IUEANA this spring.”

Kredit: X IU Official

Sejak menempa nama dalam industri hiburan, IU bukan sahaja terkenal dengan bakatnya.

Malah, dia yang terkenal dengan gelaran Nation’s Little Sister itu juga sangat disegani kerana sifat pemurahnya yang suka menderma kepada golongan yang memerlukan.

Difahamkan, jumlah yang didermakan oleh IU sempena Hari Kanak-Kanak Korea Selatan setiap tahun sehingga kini sahaja sudah mencecah lebih kurang 5 billion won!

Selain itu, IU juga sedang aktif dengan konsert jelajah dunia H.E.R. World Tour Concert dan bakal membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 dan 9 Jun ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE