Korea Selatan sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka, menyebabkan kebanyakan penduduknya kurang fasih berbahasa asing, termasuk bahasa Inggeris.

Hal ini juga berlaku kepada bintang Kpop IU, akibat tidak fasih berbahasa Inggeris, penyanyi IU mendedahkan dia terpaksa menolak untuk bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN : Pandai ‘Speaking’ & Fasih Berbahasa Inggeris 15 Selebriti Korea Ini

Menurut IU atau Lee Ji Eun, 31, dia berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa asing.

Ads
IU Pernah Tolak Tawaran Artis Antarabangsa Gara-Gara Kurang Yakin Berbahasa Inggeris
IU bahasa Inggeris

“Saya telah menerima banyak tawaran hebat pada masa lalu, tetapi saya menolak peluang itu.

IU berkongsi perkara itu semasa sesi temu bual bersama Billboard baru-baru ini.

IU bagaimanapun berkata dia mula mengubah persepsi itu dan bersedia menyahut cabaran mempelajari bahasa asing demi meluaskan karier seninya.

Ads

Malah, dia kini lebih bersemangat untuk bekerjasama dengan artis antarabangsa.

“Tetapi sekarang saya tidak berfikir begitu lagi.

Ads

“Saya kini lebih terbuka untuk bekerja dengan artis global. Sila hubungi saya,” ujarnya.

BACA : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI