Pelakon dan usahawan jelita, Izara Aishah turut terkesan dengan kes pembunuhan kejam yang melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan.
Menerusi ciapan di platform X, ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan rasa berang dengan pelaku yang didakwa menyebabkan kematian mahasiswa tersebut.
“Banyak duit tapi bodoh, syirik, hilang maruah, habis duit.
“Tak lama lagi mati, bila mati kena seksa sampai dapat minta maaf dekat Zulfarhan,” ciapnya.
Ads
Kenyataan tersebut ditulis Izara sebagai respon terhadap ciapan seorang pengguna platform berkenaan tentang peguam berprofil tinggi yang dipercayai menjadi wakil salah seorang pelaku.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna terkejut dengan kenyataan Izara dan tidak menyangka dia akan selantang itu, namun tetap bersetuju dengannya.
“Terkejut buka posting Izara marah, tapi memang layak sangat dibodohkan mereka ini,” komen seorang pengguna X.
“Tahu tak apa, macam mana budak muda kaya pula tu percaya benda syirik. Terang-terang menipu,” komen lagi pengguna lain.
“Betul Izara! Garang lagi saya setuju,” jawab seorang lagi.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas UPNM yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.
Ads
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.
Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: X Izara Aishah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon veteran terkenal, Lan Zailan baru-baru ini disahkan meninggal dunia pada usia 66 tahun kira-kira jam 4.24 pagi pada Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Ruby Sara Omar kepada Sinar Harian.
“Saya dan anak-anak berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Tambah Ruby Sara, Lan atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin dimasukkan semula ke PPUM pada Ahad lalu selepas mengadu mengalami kesukaran bernafas.
Bagaimanapun keadaan semakin merosot pada Rabu dan doktor telah meminta keluarga bersedia dengan segala kemungkinan.
“Mewakili suami, saya minta maaf andai Allahyarham ada salah silap, halalkan makan minumnya. Semalam ketika dia nazak, saya ada pesan supaya dia maafkan semua orang dan dia sudah mengangguk. Jadi Lan juga sudah maafkan semua,” ujarnya sebak.
Dalam pada itu, Ruby Sara turut berterima kasih kepada semua pihak terutamanya peminat Allahyarham yang tidak putus mendoakan dan memberi sokongan sejak Lan disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.
Jenazah akan disolatkan di Masjid As-Salam Puchong Perdana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.
Sekadar info, Allahyarham Lan mula mencipta nama menerusi filem ‘Suami, Isteri dan…..?’ disahkan menghidap kanser itu pada 27 November lalu. Walau bagaimanapun, kanser tersebut sudah merebak ke organ penting lain.
Semasa hayatnya, Lan pernah membintangi drama dan filem seperti Gerak Khas, Zaharul vs Zarina, Takdir Itu Milik Aku, dan Bini-Biniku Gangster.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Program Raya INTELLECTXCHANGE meraikan pelajar pascasiswazah antarabangsa China telah diadakan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia merupakan satu langkah yang membanggakan dalam memperluaskan jaringan budaya Malaysia kepada pelajar antarabangsa.
Majlis santai ilmiah dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan serentak tidak hanya memberi peluang kepada pelajar antarabangsa untuk merasai kehangatan sambutan tradisi dan kebudayaan Malaysia, tetapi ia juga mejadi ruang kepada para tetamu untuk berkongsi pengetahuan, motivasi, dan inspirasi.
Kemeriahan program ini turut disaksikan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Dekan SCIMPA Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan Ismail, dan Dekan Hal Ehwal Pelajar SCIMPA, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin.
Kehadiran mereka menambah seri acara dan menunjukkan sokongan penting dari pihak pengurusan universiti terhadap inisiatif budaya dan pendidikan.
Menurut Dr. Adzrool Idzwan Ismail, inisiatif seperti pengkongsian motivasi dan inspirasi melalui TED-TALK oleh pelajar siswazah, pascasiswazah, dan penggiat industri kreatif Malaysia menunjukkan komitmen SCIMPA dalam membentuk individu yang berdaya saing dan kreatif.
Menceriakan lagi suasana, persembahan oleh staf dan pelajar SCIMPA, bersama dengan artis dari Pusat Budaya dan Seni UUM menambah warna dan keunikan kepada program tersebut.
Selain itu, mengambil semangat Aidilfitri, terdapat sumbangan yang disampaikan kepada pelajar sarjana muda B40. Mereka masing-masing menerima bantuan wang tunai dan juga sebuah tablet
Ini merupakan satu langkah proaktif dalam menghayati nilai-nilai kebersamaan dan berkongsi rezeki, menunjukkan bahawa SCIMPA turut aktif dalam memberi manfaat kepada komunitinya secara keseluruhan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun minggu lalu, namun jaguh badminton yang berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris pada awal bulan ini.
Zii Jia mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.
Kejayaan tersebut menyaksikan juara Terbuka Thailand itu kembali ke dalam kelompok empat pemain terbaik dunia dengan kali terakhir Zii menghuni tangga itu pada 23 April 2023.
Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen di tempat kedua sambil diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia di kedudukan ketiga.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...