Kehadiran Hari Raya Aidilfitri kurang dari tiga minggu dari sekarang pastinya membuatkan korang semua tidak sabar lagi untuk menyiapkan persediaan sebelum menyambutnya.
Paling utama adalah helaian baju raya baharu pada pagi 1 Syawal seperti yang disunatkan mengikut ajaran Islam. Cumanya, dalam pada kita hendak membeli baju raya, banyak betul kriteria yang perlu diperhatikan secara teliti agar korang puas dengan pemilihan sendiri.
Bagi pelakon dan Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Izara Aishah, beliau tidak lagi perlu terfikir-fikir baju raya bagaimana untuk disarungkan nanti kerana baginya, pilihan yang sempurna ada pada koleksi PETRA Lebaran 2025.
Izara ketika ditemui REMAJA baru-baru ini tampil memuji jenama PETRA yang konsisten dengan rekaan serta kualiti yang diketengahkan oleh rumah fesyen tersebut.
“Apa yang paling saya sukakan tentang baju yang saya pakai ini sebab ia tak perlu digosok! (Ketawa) Tadi dia hantar letak dekat dalam plastik, berlipat. Bila saya buka saja plastik memang kainnya sudah sebegini. Tak perlu gosok, pakai terus.
Ads
“Satu lagi, kain yang digunakan memang mahal. Nampak mahal, terasa mahal bila dipakai. Tapi kualiti itu semua seiring dengan harganya pada setiap tahun. Berpatutan sungguh dengan kualiti yang diberi,” ulasnya.
Untuk pengetahuan korang, koleksi PETRA Lebaran 2025 memperkenalkan fabrik kapas, sifon, crepe dan organza yang menjadikan potongan baju kelihatan anggun, elegan dan terletak cantik tidak kira apa jua jenis bentuk tubuh.
Material-material ini juga lebih evergreen dan relevan untuk digayakan di luar musim perayaan. Paling utama bak kata Izara adalah harganya yang bermula dari RM329 sehingga RM549 mengikut rekaan.
Ads
PETRA juga menurut Izara merupakan segelintir jenama yang mengekalkan identitinya dan tidak terikut-ikutkan trend semasa.
“Setiap tahun, mereka akan kekalkan identiti sendiri. Saya rasa seronok sangat apabila (Malaysia) mempunyai pereka fesyen jenis macam ini. Mereka amat hands-on dan perfectionist dalam penciptaan seperti yang korang boleh lihat pada kualiti baju saya hari ini,” katanya lagi.
Belum Masanya Izara Aishah Anjur Rumah Terbuka
Dalam pada itu, Izara turut berkongsi keluarga kecilnya lebih selesa untuk bersederhana dalam meraikan ketibaan bulan Syawal yang mulia.
Izara, suaminya Adib Khalid dan dua puteri mereka iaitu Irisa Alaia serta Amara Amina hanya akan mendapatkan baju raya dan selebihnya, mereka beraya dengan barangan sedia ada.
Ads
“Keluarga saya senang, mereka pakai sahaja apa yang saya sediakan. Jadi tiada masalah untuk persediaan Hari Raya. Jadi saya tidak perlulah hendak lakukan persiapan yang terlalu banyak. Cukuplah sekadar baju Raya dan sedikit kuih Raya.
“Rumah saya memang tak buat rumah terbuka pun. Rumah terbuka terpulanglah kepada Mak Mertua & ibu bapa saya saja (ketawa),” ujarnya.
Dalam sesebuah perkahwinan semestinya busana memmainkan peranan penting dalam menaikkan seri seorang pengantin. Ia merupakan satu elemen penting dalam mencipta sebuah memori yang akan kekal ke akhir hayat.
Kelmarin, pasangan merpati dua sejoli, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah mengumumkan kepada umum yang mereka sudah pun melangsungkan pernikahan pada tanggal 5 November yang lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu cukup sempurna dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat terdekat.
Uqasha dan Kamal dalam busana rekaan Shanell Harun.
Untuk majlis tersebut, pasangan ini telah memilih untuk menggayakan dua persalinan. Bagi majlis akad nikah mereka dilihat mengenakan persalinan serba putih rekaan Shanell Harun dan kemudiannya mereka menggayakan persalinan songket rona biru rekaan pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini.
Menariknya tentang busana songket ini, warna biru yang dipilih menyerlahkan nuansa aura yang sangat mahal dan eksklusif. Uqasha pula kelihatan sungguh menawan bagai seorang permaisuri di masa silam. Lengkap dengan perhiasan cucuk sanggul dan pending, gaya Uqasha memegang keris bersepuh perak melambangkan pesona seorang wirawati.
Menurut Rizman Nordin yang merupakan salah seorang pereka fesyen di sebalik jenama Rizman Ruzaini dalam temubualnya bersama klip eksklusif Gempak, “Kita elaborate dari stail Cik Siti Wan Kembang, dan kami buatkan busana tersebut menjadi moden. Sebab itu kalau anda perasan, nampak macam ada selendang. Sebenarnya kita terus drapekan pada gaun tersebut. Konsepnya memang beinspirasikan Cik Siti Wan kembang.”
Sesuai benar konsep Cik Siti Wan Kembang memandangkan Uqasha juga merupakan seorang anak seni yang berdarah Kelantan. Jadi tidak hairanlah jika figura hebat tersebut menjadi inspirasi di sebalik penghasilan busana ini.
Untuk majlis pernikahan ini wajah Uqasha telah disolek oleh jurusolek terkenal, Syed Faizal Syed Noh dan rambutnya pula didandan oleh Syuk Kadir.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
..dan pelakon Disney ini sudah enggan lagi bergantung harap kepada ‘beauty filters.
Biasalah, apabila selebriti sepopular Demi Lovato memuat naik stail pakaiannya, potongan rambut terbaru atau apa saja mengenai imejnya, peminat di seluruh dunia terutamanya remaja perempuan di bawah usia 20 tahun akan cuba mengikut trend terbaru itu.
Tidak seperti kebanyakan selebriti Hollywood, Demi sentiasa dikenali sebagai seorang jujur dengan apa jua perkara berkaitan dirinya.
Baik buruk Demi akan dikongsi oleh empunya badannya sendiri agar remaja yang lebih muda daripadanya akan turut sama mempelajari daripada kesilapan lampau yang pernah dia lakukan.
Sebelum ini, Demi pernah menyuarakan masalah yang dihadapi dengan imej tubuh badan. Dia juga baru menukar imej dengan memotong pendek rambutnya agar merasa lebih ‘bebas’.
Terbaru menerusi video TikTok, Demi bercakap tentang trend menggunakan ‘beauty filter’ yang semakin digilai remaja.
Filter kini menjadi kewajipan ramai pengguna media sosial kerana masing-masing tidak yakin dengan wajah masing-masing semasa mengambil foto dan video.
Menerusi video itu, Demi menggunakan ‘beauty filter’ dan wajah serta merta kelihatan sedikit berlainan daripada biasa. Hidungnya kelihatan lebih mancung dan slim, kening lebih terangkat dan kulit yang lebih glowing.
Kata Demi, “Kulit saya tidak serata ini, saya perlu ke mengecilkan hidung? Mata saya nampak lain. Saya kelihatan tidak realistik.
“Saya mula sedar tentang (kesan filter) ini dan saya memohon maaf kerana mengunakannya tanpa menyedari kesan bahayanya.
“Bagaimana para remaja boleh menerima diri mereka seadanya apabila (para selebriti) juga menggunakan filter? Nasib baiklah filter ini tiada semasa saya berusia 13 tahun..,” jelasnya.
Terdahulu, ramai selebriti perempuan Hollywood yang telah menerima kecaman warganet apabila mereka ‘kantoi’ cuba menukar bentuk badan masing-masing dalam foto menggunakan photoshop.
Antaranya termasuklah Khloe Kardashian, Kylie Jenner, Rita Ora dan… err, hampir kesemua ahli keluarga Kardashian serta Jenner.
Everyone is beautiful in their own ways, embrace that.
Sampai bilalah kita hendak ‘bersembunyi’ di belakang filter saja. Nanti orang cakap, gambar tak serupa muka sebenar pula..
Selalu terlintas foto dan video rakan korang di Instagram yang ‘menayangkan’ OOTD pakaian baru pada setiap hari.
Pakaian mereka pula bukan calang-calang jenama. Ada yang menyarungkan baju dari Fiziwoo, seluar dari Maglifestyle, subang dari Hill To Street dan macam-macam lagi jenama pereka fesyen tempatan yang cukup eksklusif.
Kalau hendak ikutkan hati, mahu saja kita pun menggayakan jenama popular seperti itu. Tapi ramai yang selalu akur dengan harga premium yang dkenakan oleh jenama fesyen. Malah ada juga jenama yang sukar untuk kita dapati barangan yang dihasilkan mereka kerana mereka sendiri tidak mempunyai laman web khas untuk menjual.
Haa, itulah sebab REMAJA ingin berkongsi satu platform online shopping baharu di Lazada Malaysia yang belum diketahui oleh ramai penggemar fesyen ini.
Dikenali sebagai One Common Mission ataupun OCM, ia merupakan satu stor fesyen atas talian yang berada di LazMall milik Lazada.
OCM merupakan cetusan kolaborasi di antara Lazada Malaysia dan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang diasaskan oleh Andrew Tan. Saban tahun, kita disajikan dengan pertunjukan fesyen KLFW kan. Namun, kita sendiri keliru di manakah untuk mendapatkan pakaian dan aksesori tersebut.
Kesemua itu kini boleh didapati di OCM. Platform ini baru saja dilancarkan pada minggu lalu dan ia telah menyenaraikan pelbagai jenama menarik untuk korang ‘usha’.
Tambah menarik apabila harga yang dikenakan juga penulis kira mampu dimiliki dan rata-rata di bawah RM350 saja.
Seperti yang diketahui oleh penggemar fesyen Malaysia, LazMall menjanjikan ketulenan jenama dan kualiti produk yang dijual. Jadi korang tidak perlu risau untuk membeli apa saja dari situ. Lagipun, inilah masanya untuk kita sendiri menyokong jenama fesyen tempatan untuk kelihatan chic dan elegan.
Jom lihat 10 barangan pilihan REMAJA yang ada dijual di OCM buat masa ini.
Menarik kan?! Banyak lagi sebenarnya yang ada ditawarkan di One Common Mission. Cer scroll barangan yang ada tapi awas! Mungkin korang terlebih beli pula dari bajet yang ada, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten...