Muzik

J-Hope BTS Beli Penthouse Di Afer Hangang Bernilai RM40 Juta Secara Tunai!

Share

Dalam kesibukan menjalani latihan ketenteraan, penyanyi terkenal, j-hope BTS dilaporkan sempat menambah koleksi hartanah.

J-hope atau nama sebenar Jung Hoseok (30), dilaporkan membeli sebuah kediaman jenis penthouse yang dianggarkan bernilai USD8.6 juta atau RM40 juta secara tunai.

Menurut media Ten Asia, penyanyi itu membeli unit duplex di Afer Hangang yang terletak di Yongsan, Seoul pada 10 Jun lalu.

Kredit: Instagram @uarmyhope

Pelantun lagu Arson itu juga dikatakan membeli kediaman tersebut pada tahun 2020 lalu, namun terpaksa melalui proses pemindahan pemilikan yang memakan masa selama empat tahun.

Rumah penthouse mewah berkeluasan 274 meter persegi itu turut menghadap Taman Yongsan dan Sungai Han yang cukup indah.

Bukan itu sahaja, rumah itu turut memiliki akses perkhidmatan peribadi seperti limosin dan perkhidmatan pembersihan rumah.

Kredit: Afer Hangang

Sebelum ini, j-hope itu sudah pun memiliki dua buah apartmen mewah di sekitar Seoul yang dibeli pada tahun 2016.

Sekadar rekod, j-Hope memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian sejak tahun 2013 bersama kumpulan BTS menerusi lagu No More Dream. Sebelum menyertai latihan ketenteraan, j-Hope sempat melancarkan album solo yang berjudul Jack in The Box dan terbaru Hope on the Street Vol. 1 yang dilancarkan Mac lalu. BTS juga dilaporkan akan kembali bergabung semula pada tahun 2025.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE