Muzik

J-Hope Teruja Muncul Kembali Bersama BTS, Mahu Tampil Lebih Kreatif

Share

Penyanyi dan anggota kumpulan sensasi, BTS J-hope baru-baru ini mengungkapkan harapan apabila kembalinya BTS sebagai satu kumpulan, ia akan menjadi saat indah yang dinantikan oleh orang ramai bukan sahaja dari kalangan peminat mereka iaitu ARMY.

Menerusi sebuah temubual bersama Weverse Magazine, J-hope atau nama sebenar Jung Hoseok (30) berkata, sebagai seorang penghibur. Sudah menjadi tugas beliau untuk terus menjadi lebih kreatif dan sentiasa bergerak maju melakukan perkara baru.

“Ada hal-hal yang perlu kami lakukan sebagai BTS. Ketika kembali bersama sebagai sebuah kumpulan, saya pasti itu akan memberi kesan yang besar, kerana semua orang pasti akan memperhatikan kami. Saya sangat bersemangat membayangkan seperti apa rasanya ketika kami tampil bersama lagi”

BACA: “Ramai Askar Bekerja Keras Untuk Melindungi Negara,” J-Hope BTS Berjaya Selesaikan Latihan Ketenteraan

BACA: The Pixel Project Pilih RM BTS Sebagai Salah Satu Daripada 16 Tokoh ‘Male Role Models’

Kredit: Weverse Magazine
Kredit: Han Myung-Gu (WireImage)

“Kami juga sangat bekerja keras untuk pastikan hasil kerja kami dipaparkan dan saya mahu kami kembali dengan lebih bergaya dan yakin berkata “Inilah kami. Inilah BTS”. Saya tidak boleh bercakap untuk semua ahli tetapi saya pasti mereka pun merasakan perkara yang sama,” kata pelantun lagu Arson dan More itu.

Dalam pada itu, J-hope juga menekankan kepentingan perjalanan dan perkembangan mereka sebagai sebuah kumpulan dan peranannya sebagai sebahagian daripada anggota BTS.

“Saya berada di sini kerana BTS. Bekerja bersama anggota lainnya sangat seronok, buat saya puas hati dan gembira. Paling penting, kami sudah sampai ke tahap ini bersama ARMY sebagai teras dalam segalanya dan itu adalah sesuatu yang tidak boleh kami lakukan, lupa dan abaikan sambil terus melangkah ke hadapan,” jelasnya lagi.

BACA: Ditahan Dan Disoal Siasat Polis, SUGA BTS Kantoi Tunggang Skuter Dalam Keadaan Mabuk

BACA: Hilang 100 Ribu Pengikut Di Instagram, Peminat Kecewa V BTS ‘Sokong’ Jenama Israel

Kredit: Weverse Magazine

Dalam pada itu, J-hope turut meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada peminat (ARMY) yang sentiasa menjadi sumber kekuatan bagi dirinya dan ahli lain iaitu RM, SUGA, Jin, Jungkook, V dan Jimin.

“Antara sebab mengapa saya boleh teruskan dan bertahan sehingga kini adalah kerana ARMY. Mereka sentiasa ada, menunggu, menyokong, dan kenal kami,” ujarnya.

Sekadar info, J-hope dan Jin baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan mereka beberapa bulan lalu. Kini empat anggota lainnya iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalankan perkhidmatan berkenaan sejak Disember tahun lalu dan dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.

BACA: Jin BTS Adakan Acara ‘Merry Run Around’, Bakal Tatap Muka 50 Peminat Paling Bertuah!

BACA: “Jangan Datang Rumah Baru Saya…” Jungkook BTS Beri Peringatan Tegas Kepada Peminat ‘Sasaeng’

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE