Fenomena penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian pernah menggegarkan Malaysia sekitar tahun 2013 dengan lagu berjudul ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’.
Ingat lagi kan rupa penyanyi ini yang selalu melakukan persembahan bertemankan gitarnya. Bakat Tegar disedari sejak dia menjadi pengamen atau penyanyi jalanan.
Sedar tak sedar, Tegar sebenarnya telahpun berusia 19 tahun, telah berkahwin dan baru saja memiliki cahaya mata pertamanya.
Wait, WHAT?!
Ads
Berita itu telah disampaikan oleh penyanyi itu sendiri yang meluahkan rasa syukur bergelar bapa pada usia 19 tahun.
Tegar dan isterinya Sarah Sheika, 23 terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Mac lalu. Dua bulan kemudian, mereka mengumumkan bahawa Sarah telah hamil.
Ads
Dan kini setelah bergelar suami isteri, mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa pula dengan baik.
Ads
Terdahulu menerusi paparan Instagram Story, Tegar memohon agar peminat mendoakan supanya proses bersalin yang dilalui isterinya berjalan lancar.
“Bismillah ya Allah semoga dilancarkan segalanya. Amin.”
Untuk pengetahuan korang, kehidupan Tegar sebelum ini bertukar secara drastik setelah dirinya tular sebagai seorang penyanyi jalanan cilik di Indonesia yang mempunyai suara yang lunak dan berbakat bermain gitar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular sejak Khamis minggu lalu di platform dalam talian beberapa ranking sekolah-sekolah terbaik berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Beberapa ranking tersebut memuatkan beberapa nama sekolah-sekolah di seluruh negara yang dikatakan sebagai antara yang mencatatkan keputusan terbaik bagi SPM kali ini.
Begitupun, kedudukan sekolah-sekolah berkenaan dilihat berbeza antara satu senarai dan senarai lain. Malah ada juga sekolah yang ‘tercicir’ daripada salah satu ranking sedangkan ia berada dalam kedudukan Top 10 dalam rankinglain.
Justeru, ramai mempersoalkan keabsahan senarai-senarai yang tular ini.
Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) menerusi Menteri Pendidikannya, Fahdlina Sidek tampil mengesahkan bawaha KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang ranking sekolah-sekolah terbaik dan menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya tidak terpengaruh dengan ranking palsu itu.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak yang mendominasi kebanyakan ‘ranking’ sekolah-sekolah terbaik SPM 2022.
Sebaliknya, apa yang lebih utama adalah untuk mereka fokus kepada pencapaian anak masing-masing.
“Siapa yang buat ranking itu pun di luar pengetahuan kita. Nilai GPS (Gred Purata Sekolah) adalah untuk mengukur prestasi sesebuah sekolah di peringkat negeri dan daerah.
“Nilai GPS bukan untuk dipertandingkan. Ia untuk melihat usaha yang akan dilaksanakan pada tahun mendatang ke arah peningkatan sekolah.”
“Jadi tidak timbul soal ranking,” ulasnya yang diremyi pada Majlis Jerayawara Pendidikan Madani Pendidikan Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar, Sabtu lalu.
Terdahulu, beberapa senarai kedudukan sekolah terbaik mengikut keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang baru diumumkan pada 8 Jun 2023 telahpun tular di aplikasi permesejan seluruh negara.
Menerusi salah satu senarai yang tular itu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak diletakkan pada kedudukan pertama, diikuti oleh Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Sekolah Seri Puteri (SSP) dan Sekolah Tun Fatimah (STF) melengkapkan lima tangga teratas.
Tempat keenam pula ‘diduduki’ oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), diikuti oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS), Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR).
Salah satu ranking sekolah-sekolah terbaik SPM 2022 yang tular di fungsi Story menerusi aplikasi Instagram.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis berusia 19, Ðo Thi Hà yang berjaya mendapat gelaran Miss Vietnam 2020 dan akan mewakili negara itu di pentas Miss World 2020.
Berasal dari kota Thanh Hoa, Ðo Thi Hà yang mempunyai ketinggian 172cm merupakan pelajar tahun kedua di National Economics University. Apa yang menariknya tentang gadis ini, dia merupakan anak kepada petani dari luar bandar dan Ha juga pernah bekerja sebagai penggembala lembu, selain daripada melakukan pekerjaan yang berkaitan dengan dunia fesyen.
Sewaktu pertandingan akhir Miss Vietnam 2020, dia diajukan soalan “Jika anda menjadi Miss Vietnam 2020, adakah anda rasa anda merupakan role model kepada anak muda?”
Dia menjawab ringkas, “Saya rasa saya membawa semua elemen-eleman gadis Vietnam yang diperlukan dan mencukupi. Sama ada saya akan menjadi teladan kepada anak muda atau tidak, saya harus sentiasa memberi inspirasi kepada orang muda dan saya akan melakukannya,” jawabnya.
Dengan keyakinan yang dimilikinya, Do Thi Ha akan terus cuba untuk melakukan terbaik dan menarik perhatian penonton melalui persembahan terbaiknya. Dia juga akan tampil di pentas Miss World 2020 dan berjanji akan membuatkan masyarakat Vietnam bangga.
Semoga kejayaan Do Thi Ha menjadi inspirasi masyarakat dunia untuk tidak berputus asa walaupun tidak datang dalam keluarga yang senang. Usaha tangga kejayaan, gadis Vietnam ini telah buktikan segalanya.
Penemuan satu mayat pelajar Kolej Vokasional Port Dickson, Nur Alya Damia Hairi dipercayai dijerut semalam sekitar jam 10.30 malam membuatkan rakan sebilik mangsa begitu terkejut. Pelajar berusia 19 tahun dan penuntut akhir Diploma Rangkaian Komputer ini dikatakan mahu bertemu bekas teman lelakinya namun rakan sebiliknya berasa tidak sedap hati lalu menelefon lelaki berkenaan yang kemudian mendakwa Alya tiada bersamanya.
“Saya mengajak seorang lagi kawan menaiki motosikal mencarinya tapi kami nampak polis sudah ada di tempat kejadian,”kata Ain Zulaika Zamuri, rakan sebilik pelajar mangsa dijerut.
“Kami menjerit, Allahuakbar…. ‘
“Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakanya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh, di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Menurut Ain Zulaika Zamuri, 19, berkata, sebelum kejadian, Nur AlyaDamia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.
Allahyarham Alya dipercayai mati dijerut malam tadi dan mayatnya ditemui orang awam
Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.
“Disebabkan itu, saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan. Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia). Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama,” katanya.
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis. Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam. Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Susulan perlepasan mahkota oleh bekas juara Miss Grand International (MGI) 2024, Rachel Gupta yang mendawa dirinya teraniaya dan tidak mencapai kesepakatan dengan pihak organisasi...