Fenomena penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian pernah menggegarkan Malaysia sekitar tahun 2013 dengan lagu berjudul ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’.
Ingat lagi kan rupa penyanyi ini yang selalu melakukan persembahan bertemankan gitarnya. Bakat Tegar disedari sejak dia menjadi pengamen atau penyanyi jalanan.
Sedar tak sedar, Tegar sebenarnya telahpun berusia 19 tahun, telah berkahwin dan baru saja memiliki cahaya mata pertamanya.
Wait, WHAT?!
Berita itu telah disampaikan oleh penyanyi itu sendiri yang meluahkan rasa syukur bergelar bapa pada usia 19 tahun.
Tegar dan isterinya Sarah Sheika, 23 terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Mac lalu. Dua bulan kemudian, mereka mengumumkan bahawa Sarah telah hamil.
Dan kini setelah bergelar suami isteri, mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa pula dengan baik.
Terdahulu menerusi paparan Instagram Story, Tegar memohon agar peminat mendoakan supanya proses bersalin yang dilalui isterinya berjalan lancar.
“Bismillah ya Allah semoga dilancarkan segalanya. Amin.”
Untuk pengetahuan korang, kehidupan Tegar sebelum ini bertukar secara drastik setelah dirinya tular sebagai seorang penyanyi jalanan cilik di Indonesia yang mempunyai suara yang lunak dan berbakat bermain gitar.