Alat pemadam api adalah salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran. Malah, kalau korang perasan setiap bangunan kerajaan atau swasta mesti ada alat ini termasuklah di setiap sekolah di Malaysia.
Dan setiap tahun merupakan rutin wajib para guru akan menjemput pasukan bomba datang ke sekolah untuk sesi latihan kebakaran. Kebanyakan pelajar yang tidak mengambil serius apa yang diajar dan hanya menjadikan ia alasan untuk tidak masuk ke kelas.
Tapi, zaman penulis dahulu tidaklah sampai nak dijadikan mainan alat ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial sejak semalam, video berdurasi 15 saat menunjukkan beberapa pelajar sekolah menengah menyalahgunakan alat pemadam api untuk tujuan hiburan sesama rakan.
Melalui perkongsian Facebook Warga Taman Keramat, dapat dilihat dengan jelas salah seorang dari pelajar terbabit menarik pin keselamatan alat berkenaan lalu disembur ke merata tempat sebelum dilepaskan.
Menganggap perbuatan itu menyeronokkan, datang lagi dua rakannya mengambil alat pemadam api tersebut dan disembur bagaikan tiada hari esok. Dipercayai berlaku di kantin sekolah berkenaan yang tidak didedahkan lokasinya, selepas tamat sesi persekolahan.
Rata-rata netizen mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab pelajar yang terbabit dan meminta pihak sekolah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap para pelajar yang terlibat.
Hmmm…jangan mudah menghukum, kita tunggu jela penjelasan dari pihak sekolah tersebut okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : 1