Ads
Home Hiburan Jadi Contoh Terbaik! Woosung The Rose Berhenti Merokok Selepas 8 Tahun ‘Berkawan’...

Jadi Contoh Terbaik! Woosung The Rose Berhenti Merokok Selepas 8 Tahun ‘Berkawan’ Dengan Rokok

Ads

Penyanyi Rock terkenal, Woosung The Rose baru-baru mengumumkan khabar baik yang menyatakan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk berhenti merokok.

Ini merupakan pilihan yang terbaik dan tindakan vokalis band The Rose ini adalah sesuatu yang boleh dijadikan contoh untuk masyarakat di luar sana.

Jadi Contoh Terbaik! Woosung The Rose Berhenti Merokok Selepas 8 Tahun ‘Berkawan’ Dengan Rokok
Kredit: Instagram iwoosung

Woosung yang lebih mesra dipanggil Sammy terkenal sebagai salah seorang pemuzik yang tidak asing atau ragu menunjukkan bahawa dirinya adalah seorang perokok aktif.

Ads

Lebih lagi budaya merokok di kalangan selebriti Korea Selatan itu adalah salah satu hal taboo yang sering mengundang kecaman untuk kerjaya dan populariti mereka. Sehingga ada di antara mereka yang terpaksa melakukan hal tersebut secara bersembunyi.

Jadi Contoh Terbaik! Woosung The Rose Berhenti Merokok Selepas 8 Tahun ‘Berkawan’ Dengan Rokok
Kredit: Instagram iwoosung

Melalui perkongsian gambar throwback di aplikasi Instagram, Woosung mengucapkan selamat tinggal pada nikotin setelah mula menghisap rokok sejak tahun 2016. Dia juga sempat berseloroh dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘rokok’ kerana telah menemani dirinya selama lapan (8) tahun  ketika sebelum-selepas memulakan aktiviti, dan juga suka-duka mengharungi liku-liku hidup.

Ads

“Goodbye, Cigarette 🚭 Thank you for being with me through my happiest and my lowest times for 8 years since 2016.” – Woosung 

Jadi Contoh Terbaik! Woosung The Rose Berhenti Merokok Selepas 8 Tahun ‘Berkawan’ Dengan Rokok
Kredit: Instagram iwoosung

“We started our mornings and ended our nights together and I can’t imagine going through everyday without you, but I believe that it is time for us to say goodbye.” – Woosung

Dia juga tidak dapat menggambarkan bagaimana hari-harinya akan dilalui tanpa rokok tetapi dia percaya sudah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal, jelasnya dengan penuh keyakinan.

Ads

Katanya lagi, rokok sudah dianggap seperti sahabat sejati dan mungkin dia akan merindui bahan nikotin itu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI