Menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda merupakan sebuah rezeki yang tidak disangka-sangka. Tiga adik-beradik lelaki ini Jemaah haji termuda sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Muhammad Wafiyulhakim Othamannor, 23, Muhammad Waizzulhakim, 22, dan Muhammad Waqiyuddin, 19 yang berasal dari Skudai, Johor telah pun berlepas ke Madinah pada Sabtu lepas bersama-sama dengan 464 jemaah haji dan 19 petugas yang lain.
Menurut Muhammad Wafiyulhakim atau dipanggil Wafi, mereka adik-beradik telah menerima tawaran mengerjakan fardu haji pada Februari lalu. Jelasnya lagi, ibu bapa mereka turut mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) ke Tanah Suci, namun terpaksa menolak kerana perlu menjaga adik bongsu mereka yang masih bawah umur.
Wafi baru saja menamatkan Diploma Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT dan berdoa semoga dipermudahkan urusan serta ibadah mereka sepanjang berada di sana.
Pernah menunaikan ibadah umrah pada 2014 dan ini merupakan haji yang pertama mereka, perasaan sedih dan gembira tetap ada walaupun pemergian mereka bertiga tanpa keluarga yang lain.
Wafi menceritakan bahawa ibu bapa mereka mula mendaftar haji pada 2007 dan ketika itu usianya baru empat tahun, manakala Wais dan Waqi masing-masing baru berusia tiga dan satu tahun.
Hasil kumpul duit raya setiap tahun, ayahnya simpan dalam TH kerana mereka mahu pergi ke Tanah Suci bersama-sama suatu hari nanti.
Pemergian mereka adik-beradik turut mendapat doa daripada masyarakat di Malaysia.
Kami doakan semoga urusan ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Semoga kisah mereka ini juga dijadikan inspirasi buat ibu muda yang mungkin dah boleh merancang untuk kewangan anak mereka nanti.
Simpan duit dari kecil, nanti insyaAllah muda-muda lagi anak korang dah naik Haji. Aamiin..
Sumber: Harian Metro
*
VIDEO REMAJA