Lumrah manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang kita ada.
Bergelar jutawan pada usia 29 tahun, lelaki dari United Kingdom bernama Benjamin Burns ini dikatakan lebih seronok hidup miskin walaupun dilingkari kesenangan dan kekayaan.
ARTIKEL BERKAITAN : GORDON RAMSAY Gagal Kejar Impian Jadi Pemain Bola Sepak Tapi Berjaya Jadi Chef Jutawan!
Dilaporkan beliau hanya menggunakan wang tunainya untuk WiFi berkelajuan tinggi, Diet Coke, keahlian gim mewah dan koleksi hobinya.
Burns menenerusi Instagram berkata beliau lebih gembira sekiranya hartanya kurang daripada itu. Pemuda yang meraih satu juta pertamanya ketika pada usia 25 tahun dan mengakui tidak kagum dengan apa yang diperolehi.
Malah berkata, wang adalah sekadar konsep rekaan dan menjadi kaya tidaklah sehebat yang disangka.
“Semua jutawan tahu wang adalah konsep yang dibuat-buat. Menjadi kaya tidaklah seperti yang anda fikirkan. Saya mempunyai banyak wang tetapi menghabiskan 99 peratus masa saya di hadapan komputer riba,”
“Saya mempunyai kehidupan sosial yang baik tetapi pekerjaan ini memberi kesan dan banyak tekanan. Ternyata menjadi miskin sebenarnya lebih menyeronokkan daripada menjadi kaya kerana anda lebih menghargai pengalaman,” kongsinya kepada portal Mirror UK.
Ben yang menceburi perdagangan mata wang kripto ketika di sekolah menengah namun gagal. Selepas melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil jurusan komputer, Burns mendapat pekerjaan di sebuah agensi perdagangan berkenaan dan meminta untuk dibayar dalam bentuk Bitcoin. Sejak itulah anak muda itu mula menambah pendapatanya.
Pemuda itu juga mengakui membelanjakan wang hanya untuk perkara-perkara berkaitan pekerjaannya. Malah untuk menjamin kesihatan, lelaki bujang itu berbelanja besar untuk suplemen.
“Saya bangun pada waktu tengah hari setiap hari dan biasanya tidur sekitar jam 5 pagi keesokan harinya walaupun pada hujung minggu.
“Saya mengambil kira-kira 30 jenis vitamin dan suplemen sehari yang menelan belanja saya sekitar $1,000 (RM5999.00) sebulan,” katanya.
Malah beliau melabur untuk kesihatan dengan mendapatkan keahlian gimnasium mewah dan hobinya yang didakwanya cara untuk menangani stres bekerja.
Di sebalik kekayaan yang dimiliki, Ben berkata wang yang diraihnya tidak banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Beliau percaya setiap orang harus mengemudi laluan mereka sendiri dalam kehidupan mengelakkan standard bekerja dari pukul 9 pagi hingga lima petang. Ujar Burns lagi, beliau berpendapat setiap orang harus mula berfikir untuk bermula bekerja keras untuk diri dan keluarga dan berhenti bekerja keras menjadikan orang lain kaya.
Dah kaya tak mahu kaya pula kan, sebab itu lah lagi senang jadi orang biasa dan hidup secara bersederhana.
BACA LAGI : Kenali Pemilik MAMASAB Bakery, Bekas Juru X-Ray Kini ‘Jutawan Kek’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Mirror UK