Sejak kebelakangan ini, ramai yang meniru gaya tipikal filem pengarah Wes Anderson.
Tidak dinafikan apa sahaja yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok pastinya akan mendapat perhatian ramai dan menjadi trending. Terbaharu, video pendek komposisi simetri, sari kata dengan fon tebal, hingga palet warna pastel ala filem The French Dispatch dan The Grand Budapest Hotel menjadi viral.
Untuk info, trend ini dimulakan oleh pengguna TikTok bernama Ava Williams. Dia membuat video pendek dalam gaya Wes Anderson semasa dalam perjalanan pulang dari percutian keluarga dengan kereta api.
Williams memulakan videonya dengan teks “You better not be acting like you’re in a Wes Anderson film” yang telah diikuti oleh ramai orang apabila mencipta kandungan yang serupa.
Kenali Trend Wes Anderson
Wes Anderson atau nama panjangnya, Wesley Wales Anderson ialah seorang pembuat filem Amerika dan filemnya terkenal dengan simetri, palet warna tersendiri dan gaya visual naratif yang unik. Trend sinematik ini semuanya bermula apabila pengguna akaun TikToker @esno.art memutuskan untuk merakam tip dan trik mengedit duniawi Wes Anderson kepada penonton dalam gaya filem The Royal Tenenbaums atau The Grand Budapest Hotel.
Ads
Pengeditan yang kreatif itu tular dan menjadi inspirasi kepada pakar editan video, menyalin konsep naratif yang sama tetapi dengan tahap kreativiti yang berbeza. Muzik yang unik dan tangkapan adicita yang simetri menhasilkan gaya imaginasi yang pintar dan segar.
Pengenalan yang singkat & bahasa ringkas.
Seperti kebanyakan filem Wes Anderson, hampir kesemuanya bermula dengan urutan tajuk dalam tiga atau empat potongan pantas, menceritakan di mana subjek berada, apa yang mereka lakukan dan pukul berapa sekarang. Urutan tajuk haruslah pantas dengan teks pastel warna warni pada latar belakang yang lebih terang.
“Kereta api pertama”
“Sepanjang Pantai Timur”
“Ke Terminal Grand Central”
Ads
“6:45 pagi.”
Segalanya simetri, seni keimbangan.
Jangan sekali-kali merakam video pada sudut yang tidak imbang, tetapi halakan kamera lurus ke arah subjek dan fokus di tengah. Teknik ini menampakkan simenatik yang lurus dan statik untuk ditonton.
Pakaian yang vintaj.
Mengikut pada aliran teks berwarna-warni, pengguna haruslah meniru rasa struktur tepat Anderson dengan memakai pakaian vintaj dan warna-warna hangat. Tetapan ini menghasilkan warna yang harmoni kepada hasil akhir sinematik Wes Anderson.
Ads
Muzik Obituary
Muzik instrumental yang digunakan dalam aliran ini ialah “Obituary” oleh Alexandre Desplat, seorang komposer Perancis, yang merupakan sebahagian daripada runut bunyi untuk filem Encik Anderson “The French Dispatch.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sepanjang tujuh tahun lalu, pengunjung ke acara tahunan Nights of Fright akan mengerumuni Sunway Lagoon pada waktu malam untuk merasai suasana seram sempena Halloween.
Namun pada tahun ini, ‘hantu-hantu’ mereka nak keluar pada waktu siang pula!
Aik lain maciem..
Perubahan tersebut perlu dilakukan untuk mengikut piawaian standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Iyalah, kita kan tidak dibenarkan untuk mengadakan aktiviti pada waktu malam dalam kondisi orang ramai berkumpul.
Justeru, nama Nights of Fright telah ditukar kepada Day.Light.Fright sepanjang bulan Oktober ini.
Tapi itulah, bila sudah bertukar kepada siang hari, pengunjung masih akan merasa takut ke?
Menurut Sunway Lagoon, mereka masih mengekalkan 3 buah rumah hantu (Horrorwood, Sharknado Alive dan Zombie Lockdown) dan sebuah teater berhantu (ScaryTales Theatre) yang memerlukan pengunjung masuk ke ruang gelap.
Selain daripada tarikan rumah hantu, menariknya pada tahun ini pengunjung akan dibenarkan untuk ‘enjoy’ di taman tema airnya. Haa berbaloi lah dengan harga tiket masuk
Pengunjung boleh memilih untuk datang pada setiap hari Sabtu dan Ahad, dari 3 Oktober sehingga 1 September ini.
Korang sudah boleh mendapatkan tiket Day.Light.Fright secara online DI SINI.
*
Sementara nak tempah tiket tu, jom lihat pengalaman REMAJA sendiri di Nights of Fright pada tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri penerbangan merupakan satu industri yang terkesan teruk dek pandemic Covid-19. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada syarikat-syarikat penerbangan di negara kita, rata-rata terpaksa mengecilkan operasi dan membuang ribuan pekerja.
Singapore Airlines tidak kurang juga menerima tamparan dek situasi ini, dikala keuntungan yang jatuh menjunam disebabkan pendemik, syarikat penerbangan negara kecil itu mengubah dua buah kapal terbang A380 menjadi restoran selama dua hari pada 24, 25, 31 Oktober dan 1 November ini.
Apa yang mengejutkan, idea ini ternyata menjadi popular dan menurut laporan Bloomberg, semua tempat duduk dijual dalam masa 30 minit selepas pembukaan. Nampaknya, memang ramai yang rindukan suasana untuk duduk di dalam kapal terbang dan disaji oleh pramugari.
Harga makanan di kelas suite adalah S$ 642 (RM 1958.52), sementara tempat duduk di kelas perniagaan pula berharga S$ 321 (RM 979) dan kemudian turun menjadi S$ 96.30 (RM 293.78) untuk ekonomi premium dan S$ 53.50 (RM 163.21)untuk ekonomi. Pelanggan juga boleh membayar dengan menggunakan poin menerusi program penerbangan kerap yang mereka miliki.
Biarpun kapal terbang ini boleh memuatkan sehingga 471 penumpang, namun hanya separuh kerusi akan digunakan bagi mengamalkan penjarakan sosial, bahkan penjagaan rapi seperti pembersihan dan proses nyahkuman dilakukan demi kesejahteraan semua.
Menurut laporan Straits Times Singapura, jenis menu yang akan ditawarkan oleh restoran sementara ini merangkumi masakan antarabangsa dan juga masakan peranakan yang disediakan khas untuk restoran sementara ini.
***P/S- Rindunya nak travel! Makan makanan dalam kapal terbang antara highlight bagi penulis. Semoga pandemik Covid-19 ini segera hilang dan kita mampu untuk terbang semula ke destinasi pelancongan yang diimpikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yes you read that right. Tak sampai sebulan selepas pelancaran besar-besaran IKEA cawangan utara Semenanjung Malaysia, kawasan pameran di gedung tersebut dilaporkan teruk dicemari perbuatan masyarakat mentaliti kelas dunia ketiga.
Penduduk di negeri utara seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan bahagian utara Perak boleh berbangga untuk memiliki IKEA Batu Kawan. Mengapa tidak, ia adalah cawangan terbesar gedung jenama perabot terkenal dari Sweden itu di Malaysia berbanding IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau.
Bagaimanapun, laporan dan bukti gambar kononnya IKEA Batu Kawan ditemui dalam keadaan bersepah bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.
Seorang pengguna akaun Facebook bernama Kelvin Soon nyata cukup kecewa apabila kunjungannya ke sana bersama beberapa orang kawan pada hujung minggu ini disambut dengan keadaan bilik pameran bersepah terutamanya di bahagian ‘Bilik Tidur’ dan ‘Ruang Tamu’.
Haipp korang, letih sangat ke sampai nak landing atas katil pameran tu.
”Saya lihat dah serupa lokasi kejadian ‘kes rogol’ dah. Selimut tercabut daripada katil, bantal bergelimpangan di atas lantai. Orang yang rumahnya pernah dirompak saja yang familiar dengan keadaan bersepah seperti ini,” antara yang dicatatnya di ruangan status.
Okay mungkin status Kelvin tu kedengaran sedikit dramatik, tapi REMAJA faham akan kekecewaannya yang datang jauh dari Sungai Petani. Bukan saja kawasan pameran yang bersepah, pengunjung juga dilihat enggan mengemaskan meja di kafe IKEA selepas makan.
Fine, mungkin tak semua orang rajin untuk mengangkat dulang berisi pinggan kotor mereka ke vaniti. Tetapi sekurang-kurangnya korang boleh kemaskan meja tu sedikit kot..
Guys, ini bukanlah kali pertama kes IKEA bersepah berlaku sebaik ia dilancarkan. Pada November 2017, REMAJA pernah melaporkan kes yang sama berlaku di IKEA Tebrau selepas beberapa hari ia dibuka.
Kes bersepah juga pernah dilaporkan berlaku di cawangan terbaru BookXcess di Tamarind Square Cyberjaya. Mungkin sebab inilah banyak pengusaha kedai dan kafe lebih rela mengekalkan konsep minimalis di kedai mereka kerana takut ia akan disalah gunakan.
Kita semua hendakkan fasiliti bertaraf dunia, cawangan kedai antarabangsa di Malaysia. Tetapi bila ia muncul, adakah ini cara kita menghargainya?
Tak kiralah sama ada penduduk di utara atau pengunjung negeri lain yang ‘membuat perangai’, sebagai masyarakat Malaysia Baharu, seharusnya masalah seperti ini tak harus berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...