Jadi Wanita Islam Pertama Dalam Diplomat UK, Siapa Sebenarnya Fouzia Younis Ini?

Share

Nampak gayanya makin ramai wanita Islam yang berjaya menempa nama dan membuka mata dunia.

ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Wanita Islam Pertama Pakai Hijab Ketika Bertugas Di Mahkamah AS, Kenali Hakim Nadia Kahf

Siapa menyangka wanita beragama Islam, Fouzia Younis mampu memegang jawatan tertinggi diplomatik United Kingdom. Diplomat Britain Fouzia kini berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi Suruhanjaya Tinggi British di Islamabad, Pakistan.

Foto Via Twitter

Beliau juga dilantik sebagai Konsul Jeneral British di Toronto, bandar terbesar Kanada.

Berkongsi di Twitter, Fouzia mengimbau kembali pengorbanan ayahnya yang menghantar dirinya ke stesen bas pada empat pagi untuk temu duga.

 

Berkongsi kejayaannya, beliau juga berterima kasih kepada arwah ibunya yang menyokong keputusannya untuk ke universiti. Fouzia turut berkongsi di Twitter pengalaman pertama ibunya yang baru berkahwin ketika tiba di UK pada Februari 1977.

“Walaupun berdepan prasangka dan diskriminasi, ibu tabah dan berbakti kepada keluarga serta masyarakat.

“Dia memerangi Islamofobia selepas 9/11 dan seksisme dari dalam komunitinya sendiri,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dalam jawatan diplomatik di Bangladesh dan Sri Lanka.

Moga kejayaan wanita ini mampu memberi inspirasi kepada semua terutamanya kaum wanita!

BACA LAGI : Bella Hadid Kongsi Kisah Dididik Berpuasa Sejak Kecil, Tidak Malu Mengaku Kini Semakin Lalai

Sumber : ( 1 )

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana