Jaga Jarak Sosial, 5 Restoran Di Seluruh Dunia Ini Betul-Betul Ikut SOP. Kreatif!

Share

Seperti yang kita tahu, di Malaysia boleh dikatakan semua kedai makan dan restoran boleh beroperasi seperti biasa. Tapi, kerajaan juga ada mengenakan syarat iaitu mereka melakukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul. Hal ini bagi menghalang penyebaran virus pandemik Covid-19.

Beberapa negara juga telah melaksanakan perintah yang sama, sehubungan dengan itu mereka membuka kedai dengan cara yang unik untuk kelangsungan ekonomi di restoran mereka.

Berikut merupakan kaedah unik yang dilaksanakan di restoran beberapa negara:

1. Restoran Fish Tales Bar & Grill di Ocean City, Maryland


.

Restoran tepi air ini menyediakan meja berbentuk bulat bagi mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya.

Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggan mengekalkan jarak sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan.

Meja itu juga mempunyai empat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan.

2. Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand

Buat penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran Perintah Berkurung dilaksanakan.

Bukan sekadar meletakkan penghadang plastik untuk memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, malah restoran itu meletakkan syarat untuk mereka duduk secara bersilang bagi memaksimumkan jarak.

Kaedah menggunakan penghadang plastik ini juga boleh dilihat dilaksanakan di negara China dan Taiwan.

3. Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam

Merupakan sebuah restoran Belandar tepi air di Amsterdam yang menyediakan ruang seperti rumah kecil dikenali sebagai ‘rumah hijau kuarantin’.

Rumah kecil itu dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air.

Selain itu, para pelayan juga akan memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, dan pelitup muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja.

4. Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok Thailand

Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok ini bertindak kreatif apabila menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan.

Kedai ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan secawan kopi kepada pelanggan dalam jarak satu meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.

5. Restoran makanan segera, McDonald’s


McDonald’s juga difahamkan beroperasi dalam normal baharu, seperti di Taiwan dimana cawangan di situ memastikan pelanggan mereka merekod nama, nombor telefon dan angka suhu di premis berkenaan.

Mereka juga mewajibkan pekerja memakai pelitup muka dan perlu merekod suhu pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.

Di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan sebelum mengambil pesanan di kaunter.

Dekat Malaysia bila pula nak buat macam ni. Hiks!

Published by
Ruziana Zainal