Semalam sukan olahraga pasukan Malaysia mencatat kejayaan manis di Sukan SEA, Manila apabila muncul juara pecut Asia Tenggara baru yang dimenangi oleh Muhammad Haiqal Hanafi.

Baru berusia 20 tahun dan mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ini dinobatkan sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m dengan catatan masa 10.35 s di Stadium Olahraga New Clark City.

Jauh memecut laju di hadapan mengalahkan peserta lain terutama dari Thailand yang menduduki tangga kedua dengan catatan masa 10.49s iaitu Ruttanapon Sawon di ikuti Lac bandit Chuanchai juga dari Thailand yang memenangi gangsa selepas membuat catatan 10.52s.

“Jaga Solat 5 Waktu, Amal Solat Hajat”, Haiqal Hanafi Bongkar Rahsia Bergelar Raja Pecut Baru Asia Tenggara
.

“Jaga Solat 5 Waktu, Amal Solat Hajat”, Haiqal Hanafi Bongkar Rahsia Bergelar Raja Pecut Baru Asia Tenggara
.

Ads

Kejayaan yang diraih oleh Haiqal Hanafi ini turut meleburkan rekod Khairul Hafiz Jantan yang lebih dikenali sebagai Speedy Jantan yang mencatat masa 10.38s pada kejohanan dua tahun lalu di Kuala Lumpur dan apa yang lebih penting beliau turut memperbaharui rekod peribadinya.

Dalam pada meraih kejayaan yang membanggakan itu, di fb Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut berkongsi kisah kejayaan ini.

Ads

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Sekalung tahniah kami ucapkan buat pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi yang telah berjaya mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina.

Ads

Haiqal yang baru berusia 20 tahun berjaya muncul juara selepas mencatat kepantasan masa 10.35 saat, sekaligus menobatkannya sebagai Raja Pecut baharu Asia Tenggara.

Kami tertarik dengan kata-kata beliau selepas kemenangan tersebut: Menurut beliau:“Rahsia kejayaan saya ialah solat lima waktu, solat hajat sebelum tidur dan banyak berdoa kepada Allah supaya diizinkan untuk murah rezeki.”[1]

Oleh itu kami katakan, beliau sememangnya layak dinobatkan sebagai Raja Pecut baharu Asia Tenggara. Tahniah!

Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anak muda yang lain untuk berusaha meraih kejayaan dalam apa jua bidang di samping tidak melupakan perintah agama.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI