Isu makanan halal sering mendapat perhatian dari masyarakat. Ini kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pemakannya.

Di saat kempen #BMF atau Buy Muslim First, sensitiviti masyarakat terhadap premis-premis yang kerap dikunjungi orang Islam namun pemiliknya terdiri dari bangsa lain menjadi amat sensitif.

Jika sebelum ini tular mengenai minuman boba Xi Fu Tang yang tidak mendapat sijil halal dari hab halal JAKIM namun digemari golongan muda, terkini tular dakwaaan bahawa laksa dan makanan yang dijual di premis Ah Cheng Laksa pula tidak halal.

Jakim Sahkan Premis Makanan Laksa Ah Cheng Tiada Sijil HalalLebih menakutkan laksa yang dikatakan enak itu dicampur dengan darah babi dan ditularkan ke media sosial sekaligus memberi rasa gusar kepada orang ramai yang pernah menikmati laksa di premis ini.
Tinjauan REMAJA di Bahagian Hab Halal JAKIM hari ini, mendapati premis Makanan Laksa Ah Cheng TIDAK PERNAH MENDAPAT SIJIL HALAL.

Bacalah penjelasan lebih lanjut dari Bahagian Hab Halal Jakim mengenai isu ini dan kemudian buatlah penilaian sendiri.

Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng Laksa

Ads

Jakim Sahkan Premis Makanan Laksa Ah Cheng Tiada Sijil HalalMedia sosial halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Ianya berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam.

Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

Ads

Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.

Jakim Sahkan Premis Makanan Laksa Ah Cheng Tiada Sijil HalalPihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Ads

Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
Terima kasih.
“Yakini Halal Malaysia”
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1
02 Rabiulawwal 1441 H
30 Oktober 2019 M

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI