Pertama sekali, tahniah REMAJA ucapkan kepada Starbucks Malaysia kerana telah membuka sebuah lagi cawangan dan merupakan yang pertama di negeri paling utara iaitu Perlis Indra Kayangan
Wah lepas ini penduduk negeri Perlis boleh la ‘chill-lex’ di kedai kopi ‘kayangan’ ini.
Untuk info, syarikat kopi terbesar di dunia ini membuka butik terbarunya di Kangar Jaya, Perlis. Dirasmikan pada pagi tadi, ia juga menyaksikan pihak Starbucks menawarkan promosi khas buat 500 pelanggan terawal dengan pembelian melibatkan RM50 dan ke atas.
Rentetan itu, orang Perlis semua ‘pakat’ beratur panjang sebelum membuat pesanan. Dilaporkan juga sambutan luar biasa daripada para pelanggan.
Ads
Kalau korang pergi mana-mana kedai Starbucks, biasanya kita akan disambut dengan interior yang ‘wow’ dari kedai kopi popular ini. Dan selalunya kedai Starbuck ini akan mengunakan warna dominan coklat dan hijau. Tidak menghampakan, dekorasi cawangan baru Starbucks ini pun tidak kurang menariknya juga.
Joy, blessings and NEW store opening this Christmas! 🎄✨
Drop by Starbucks Kangar Jaya Drive-Thru today and share a warm cuppa with loved ones at our newly open store!
Malah, menerusi perkongsian TikTok @ssmyfg, difahamkan terdapat puluhan kereta yang beratur menerusi lorong drive thru dalam menjadi antara pelanggan terawal yang mencuba Starbucks di Perlis ini.
Sudah pasti, Starbucks Kangar Jaya, Perlis akan menjadi tempat untuk para peminat kopi menikmati rasa kopi sebenar.
Tapi jangan pula lupa ikut SOP yang ditetapkan okay!
****
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Inilah balasan apabila para pelajar tidak menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan bernama guru selama ini.
Dua orang calon SPM yang memakai baju sekolah dengan tulisan berbaur carutan kepada guru sekolah mereka telahpun didakwa di Mahkamah Majistreet Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Biarpun masing-masing baru saja berusia 17 tahun, namun kesalahan memakai pakaian yang tertulis perkataan menghina dan berbaur lucah telah mengundang rasa tidak puas hati daripada warganet setelah foto mereka berdua tersebar di media sosial, sejak minggu lalu.
Dalam dakwaan tersebut, mereka dikatakan telah melakukan kesalahan itu di Kota Bharu pada 3 Mac lepas, dipercayai sesudah masing-masing menamatkan kertas peperiksan terakhir SPM.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM100 seorang berserta seorang penjamin.
Mereka bagaimanapun belum terlepas apabila kes bakal disebut semula pada 22 Jun hadapan bagi menunggu laporan akhlak tertuduh siap.
Dua orang remaja itu juga turut dikenakan lima saman termasuklah di atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Haihh, daripada seronok menamatkan zaman sekolah, lain pula ceritanya apabila seseorang itu tidak mempunyai adab dan rasa hormat terhadap orang yang telah berjasa kepadanya.
Pagi ini tular mengenai produk pewarna Cochineal yang dikatakan tidak halal. Pada kali pertama membaca berita penularan itu, kita tentu membayangkan sudah berapa ribu gelen air (jika dibuat air sirap) atau jika ia digunakan sebagai bahan pembuat kuih yang cukup popular, sudah berapa banyak yang kita telan?. Kenapa baru sekarang hendak kata tidak halal? Kenapa tidak dari dulu sebelum kita beriya-iya menelannya!
Dikatakan untuk menghasilkan pewarna tiruan ini, 70,000 kumbang betina dibunuh untuk menghasilkan satu pound dye (produk pewarna).
Bagi penghasilan pewarna ini kumbang akan direbus bagi menghasilkan warna merah terang atau dipanggang dalam ketuhar untuk menghasilkan warna kelabu atau disangai dalam kuali panas untuk menghasilkan warna hitam.
Pewarna Cochineal menjadi sejenis sedatif aditif makanan yang dinamakan sebagai carmines dalam kod C.1.75470/E120.
Dalam penularan sejak pagi tadi itu, terpampang seorang individu yang berdiri seolah-olah sedang merasmikan perasmian dengan tertera di skrin FATWA MUFTI KERAJAAN : Pewarna yang berasal dari Cochineal yang diberi kod C.1.75470/E120 sama ada pada makanan, minuman, ubat-ubatan ataupun kosmetik adalah tidak halal dimakan dan tidak suci untuk digunakan.
Tular juga penghasilan dari kumbang betina ini banyak digunakan untuk menghasilkan yogurt, aiskrim, gula-gula, juice dan kosmetik seperti lipstik, pemerah pipi, pembayang mata dan pengilat kuku.
Apabila isu sebegini tular, tentu kita tertanya-tanya halal atau tidak produk ini kerana sebagai umat Islam, kita disarankan makan yang halal-halal sahaja kerana setiap apa yang dimakan menjadi darah daging hingga ke akhir hayat.
Namun tidak lama kemudian selepas isu ini tular di media sosial tersebar pula satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangssan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa MKI.
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
Muzakarah juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha’ sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir.
Berdasarkan ketetapan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah DIHARUSKAN dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan.
Persoalannya, siapa yang mula menularkannya dahulu? Kenapa cuba mendatangkan kegemparan pada umat Islam sekaligus mengugat kehormonian yang sedia ada sedangkan hal ini sudah lama, 2012.
Adakah ini promosi produk atau ada niat tertentu. Pada yang mula menyebarnya, muhasabah diri, jangan berani-berani tular berita yang boleh menggugat kerana isu halal atau haram, adalah isu sangat sensitif bagi rakyat Malaysia. Bayangkan jika kenyataan muzakarah ini tidak sampai dan hanya yang haram itu saja tular, apa akan jadi? Tepuk dada tanya diri sendiri! Jangan terus tambah dosa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, aplikasi Sugarbook hangat diperkatakan oleh masyarakat kerana ia menjadi platform anak muda mencari ‘jalan senang’ untuk mendapatkan kehidupan mewah. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan tempat mencari jodoh namun ia berlaku sebaliknya.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses masuk ke laman web Sugarbook kerana ia dianggap sebuah platform yang boleh meruntuhkan nilai moral terutamanya buat pelajar di Malaysia.
Ekoran daripada situasi ini, polis telah menahan pengasas aplikasi tersebut di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan menerusi Ops Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang oleh anggota JSJ Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam.
Menurut Sinar Harian, siasatan awal supek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook dan kes disiasat di bawah Seksyen 05(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, PDRM menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral ini untuk mencari sugar daddy.
Syabas pasukan PDRM kerana mengambil tindakan pantas bagi membendung penularan gejala tidak bermoral ini. Ia bukan hanya merosakkan akhlak, malah juga turut mencalarkan imej negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...