Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah selama bertahun belajar hingga bergelar graduan.
Namun, tak semua yang dirancang berjalan lancar. Seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) mengalami situasi mencemaskan sehingga meminta bantuan mana-mana penunggang motosikal yang sudi memboncengnya ke majlis konvokesyen yang berlangsung pagi semalam.
Melalui perkongsian Facebook Rasmi USM, lelaki ini terpaksa melakukan perkara ini selepas kenderaannya terkandas dua jam akibat kesesakan luar biasa di Jambatan Pulau Pinang kerana kemalangan maut membabitkan lori dan treler.
Jelas sekali foto Kevin Rayappan, 28, yang lengkap bersut sambil memegang jubah konvokesyen berdiri di tepi jambatan dengan mencuba nasib menahan penunggang motosikal yang menghala masuk ke pulau tular di media sosial. Malah, kisah lelaki itu dikongsikan dalam laman media sosial rasmi USM.
Akhirnya, Kevin selamat tiba di USM untuk menghadiri konvokesyen atas bantuan orang ramai dan pihak USM sendiri melewatkan upacara itu 30 minit berikutan kesesakan tidak dijangka itu.
Ads
Dalam temu bual, Kevin mengakui panik apabila kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya masih tersekat dalam kesesakan walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 pagi.
Mula-mula saya harapkan kesesakan tidak berpanjangan, tetapi selepas melepasi jam 9 pagi kenderaan masih tidak bergerak, saya nekad turun dan mencari alternatif kerana impian saya cuma ingin naik ke pentas terima skrol hari ini.
“Saya tidak sempat berbual panjang dengan insan mulia tersebut yang sanggup tumpangkan saya kerana dalam keadaan tergesa-gesa, namun saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada beliau.
“Tanpa bantuan beliau, saya mungkin tak sempat merasa naik ke pentas pada hari ini,” kata Kevin.
Kevin turut memberitahu ibu bapanya yang meneruskan pemanduan sempat tiba ke USM dan menyaksikan dia menerima ijazah.
Ads
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji tindakan Kevin dan pihak USM.
Jadi kesimpulannya disini, jangan pernah berputus asa dengan ujian yang melanda diri dan sentiasa mencuba yang terbaik untuk diri kita. Tahniah juga kami ucapkan kepada Kevin dan semua graduan.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pereka fesyen koleksi lelaki Malaysia yang semakin meningkat, Eddy Mohaizz dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Allahyarham difahamkan berdepan dengan komplikasi kesihatan semasa menjalani pembedahan pada pagi tadi dan disahkan meninggal dunia sekitar waktu Zuhur, hari ini.
Eddy memulakan karier terlebih dahulu bersama rangkaian Media Prima sebelum bergiat lebih aktif sebagai seorang pereka fesyen yang menumpukan kepada koleksi lelaki.
Satu ketika dahulu pada tahun 2017, koleksi seluar batiknya yang menampilkan dua orang model lelaki dan seorang kanak-kanak pernah mencetuskan perbualan di kalangan netizen. Namun, Allahyarham sedikitpun tidak terkesan dengan kata-kata tersebut dan meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Tahun 2020 dilihat umpama tahun yang menaikkan jenama Eddy Mohaizz apabila rekaannya semakin digemari oleh para selebriti tempatan, terutamanya untuk program televisyen.
Antaranya termasuklah rekaan malam finale pencarian Hero Remaja 2020 pada Julai lalu, program realiti Big Stage 2020 dan juga program Gegar Vaganza yang kini sedang berlangsung di saluran Astro Ria.
Salah satu rekaannya yang masih diingati ramai adalah imej comeback pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan sut biru langit – putih yang dikaitkan dengan imej grup K-pop.
Menurut sumber terdekat yang bekerja rapat dengan Eddy dalam setiap program berkenaan, Eddy merupakan seorang yang amat baik hati, mudah bekerja dan sukar sekali untuk mengatakan tidak sekiranya mereka ingin bekerjasama.
REMAJA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Eddy Mohaizz.
Semoga roh arwah dicucuri dengan rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai di kalangan kita mungkin pernah mengeluh kerana rezeki kurang masuk. Ada ketika terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan serentak bagi mencukupkan keperluan untuk membayar sewaan rumah, bulanan kereta, bil utiliti dan lain-lain.
Ada ketika ijazah yang diperoleh juga seakan kurang bermakna kerana gaji dibayar tidak setimpal dan ada ketika kita tidak betah duduk di tempat kerja yang sama dalam tempoh lama. Kata orang sentiasa berpindah randah di tempat kerja demi mengejar kepuasan dan rezeki lebih.
Bagi yang masih mengeluh tentang kerja, mudah saja sebenarnya untuk mencari rezeki di bumi Allah yang luas ini. Paling utama korang kena yakin dan percaya bahawa Allah sudah menetapkan rezeki seseorang itu mengikut kemampuan diberiNya.
Bagi yang masih mencari kerja tapi belum dikurniakan rezeki pekerjaan lagi dan mahukan rezeki berjalan lancar, seorang seorang habib dari negara seberang, Habib Luthfi bin Yahya, beliau menyuruh bacakan surah An-Nas 100 kali untuk dibukakan pintu rezeki.
Tapi bacalah dahulu selawat Nabi 100 kali diikuti surah An-Nas 100 kali dan penutupnya selawat Nabi 100 kali dan terus berdoa kepada Allah dibukakan rezeki kita seluas-luasNya.
Insya Allah bagi yang masih menganggur, pintu rezeki korang akan terbuka seluasnya dan paling utama yakinlah setiap rezeki itu datang dari Allah SWT.
Cuba amalkan, semoga rezeki korang dalam dunia pekerjaan diluaskan seluas-luas alam semesta ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai penonton drama Sweet Dreams yang menyangka bahawa malam ini merupakan episod terakhir drama tersebut di saluran Astro Ria.
Menurut perancangan awal, sepatutnya drama trending tersebut hanya berlarutan sehingga 18 episod. Namun dek kerana popularitinya sejak episod pertama hinggalah sekarang, ia telah dipanjangkan sehingga menjadi 20 buah episod.
Kejutan tersebut bukan hanya untuk para penonton saja. Menerusi video live Instagram yang melibatkan pelakon utamanya, Ben Amir dan Mira Filzah, mereka turut tak menyangka yang pengarah drama itu iaitu Michael Ang dan Astro memutuskan untuk menambah 2 episod ekstra.
“Serius, kami pun baru tahu malam ini. Tak sangka,” kata Ben yang bakal terbang ke Brunei esok.
Mira juga menganggap ia sebagai hadiah istimewa untuk peminat drama Sweet Dreams.
Sementara itu, seorang lagi pelakon tersebut iaitu Yuna Rahim berkata dia tahu mengenai perkara tersebut tak lama dahulu, menerusi Instagram Live-nya.
Hanya pada hari ini, dia boleh berkongsi perkara itu dengan orang ramai.
Pandai simpan rahsia Cempaka ni!
Apapun, ramai netizen yang tak sabar untuk menonton episod esok setelah menyaksikan bahagian sedutan ‘episod seterusnya’ sebentar tadi.
Menerusi sedutan itu, Karl lakonan Sean Lee telah membuat kemunculan khas dan mengejutkan Puteri.
Manakala, Qash Adam lakonan Ben pula dijangka akan menjalankan operasi pembedahan setelah Puteri dilihat berada di dalam bangunan mirip koridor hospital.
Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.Bertempat di...