Berita

Ibu Han So Hee Ditahan Polis, Jalankan 12 ‘Business’ Haram!

Share

Jika sebelum ini, pelakon jelita Korea Selatan, Han So-Hee dilaporkan pernah bekerja demi melangsaikan segala hutang piutang ibunya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Cantik Han So Hee: Tak Minum Kopi & 50 Kali Kunyah Makanan

Terkini, ibu kandungnya  dikhabarkan telah ditahan pihak berkuasa selepas didakwa mengusahakan pusat judi haram.

Ibu Han So Hee ditahan polis

Memetik laporan Koreaboo, suspek didakwa telah membuka 12 premis judi di beberapa kawasan termasuk Ulsan, Wonju, dan banyak lagi sejak tahun 2021.

Difahamkan, wanita ini telah mengupah seseorang untuk menjalankan bisnes haramnya itu.

Si jelita, Han So Hee

Ibu kepada pelakon Han So Hee mempunyai banyak rekod jenayah sebelum ini, termasuk penipuan, denda kerana perjudian haram, dan lain-lain.

Untuk pengetahuan korang, selepas ibu bapanya bercerai, Han So Hee, yang terkenal dengan drama “My Name,” tinggal bersama neneknya sejak umur 5 tahun. Mereka berdua dikatakan jarang berhubung.

Sebelum ini, nama Han So Hee menjadi bualan hangat di media sosial kerana skandal hutang yang membabitkan ibunya, di mana Han So Hee juga mendedahkan bahawa dia telah melunaskan sebahagian daripada hutang tersebut.

Hmm..ada juga ibu sebegini ye. Kesian betul hidup Han So Hee!

ARTIKEL BERKAITANTak ‘Hang’ Langsung Bila Tonton Drama X-Change Dengan Internet Pantas redONE Mobile Postpaid 5G Smart, Siap Boleh Menang iPhone Lagi – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Sumber: Koreaboo
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
Nana