Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira apabila bakal dikurniakan cahaya mata ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil dua bulan.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi yang kini berusia 65 tahun itu meluahkan rasa syukur dengan kurniaan rezeki tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Keenam!
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai. Walaupun ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Di sebalik kegembiraan tersebut, Jamal memberitahu, isteri kesayangannya itu kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan hamil yang teruk.
Sekadar makluman, Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima anak termasuklah yang terbaru dijangka akan dilahirkan pada awal tahun depan.
Untuk rekod, Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.